Karya ini adalah sebuah karya karangan seorang intelektual terkemuka dunia Islam dan antara yang terbaik dari kalangan intelektual muslim, iaitu Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz.
Karya ini dikarang beliau dalam bahasa Perancis untuk dibentangkan semasa Persidangan Perundangan Islam di Paris pada tahun 1952, diterjemahkan ke dalam bahasa Arab kemudiannya dengan judul Al-Ribā fī Nazhar al-Qānūn al-Islāmī, dan kini kami persembahkan pula di dalam bahasa Melayu dengan judul: Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba, diterjemahkan oleh Ilmuwan Muda graduan Universiti Yarmouk, iaitu al-Fadil Ustaz Syah Nazrin.
Meskipun karya ini dihasilkan hampir 70 tahun yang lalu, namun isinya masih segar dan relevan sehingga ke hari ini. Karya ini kami masukkan sisipan khas di dalamnya, ulasan buku Al-Ḥikam Al-Ribawiyyah, iaitu Hikmah-hikmah Berkaitan Isu Riba.