Puisi Ambo

, , ,

Che Husna Azhari
1996, Furada
Softcover, 24.1 cm x 16.4 cm, 111 pages
ISBN: 983997484X

RM43.00

Puisi ambo bukan ditulis
Untuk menang sayembara
Hadiah-hadiah sastera

Berebut mangkuk perak
Junjung buat berlarak

Di dalam tetes hitam tinta
Perah tubik segala gobar dalam jiwa
Takut jadi kudis bengkak berbisa

Deklam lah!
Deklam lah!
Adik – kakak
Anak – beranak
Waris – warah
Biarlah hapus, segala titik peluh

Tentang pengarang: Che Husna Azhari CEng., PhD, ialah Profesor Bahan di Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM serta Ketua Majlis Profesor Fakulti tersebut. Beliau juga merupakan Ketua, Kumpulan Pemprosesan dan lntegriti Bahan Termaju , Timbalan Pengerusi Nic, Nic Nanoteknologi dan Bahan Termaju (NBT) serta ahli Kumpulan Teknologi dan Kelestarian Peradaban Melayu (TKPM). Lulusan Sarjana Muda Teknologi dan Doktor Falsafah dari Brunel University of West London, United Kingdom ini menyelidik dalam bidang pemprosesan bahan bukan logam, teknologi pembuatan Melayu serta kepimpinan wanita Islam dalam sains dan teknologi . Antara sumbangan penerbitan buku dalam bidang teknologi Melayu ialah Artifak Sains dan Teknologi Alam Melayu (2011) dan Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu (2015).

Weight 350 g
Dimensions 24.1 × 16.4 × .9 cm