Perintis Pembangunan Negeri Melayu: Perantau Dan Peneroka Minangkabau 1824-1957

,

Nelmawarni Bungo & Nordin Hussin
2018. DBP
Softcover,21.6 cm x 14 cm, 591 pages
ISBN: 9789834915339

RM50.00

Penulisan dan kajian terhadap sejarah awal perintis dan peneroka pembangunan negeri Melayu tidak banyak meniberikan fokus kepada kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh masyarakat keturunan Melayu. Menjelang abad ke-19, dunia Melayu terbahagi kepada dua wilayah yang terpisah. Tanah leluhur Melayu yang merangkumi Sumatera clan Semenanjung Tanah Melayu telah terbahagi kepada dua entiti yang dikuasai oleh Belanda dan juga British. Di samping itu juga, konsep merantau yang mendasari budaya dan amalan masyarakat rumpun Melayu juga masih tidak banyak dikaji.

Oleh itu, persoalan yang dibawa buku ini berkaitan dengan budaya merantau dalam kalangan perantau, peneroka dan pedagang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu pada zaman kolonial. Penulisan ini mendedahkan secara terperinci peranan dan sumbangan masyarakat Melayu Suku Minangkabau dalam membina penempatan baharu di Semenanjung Tanah Melayu.

Penulisan ini turut membincangkan aktiviti perdagangan dalam kalangan orang Minangkabau semasa zaman kolonial lnggeris di Semenanjung Tanah Melayu dan memberikan maklumat baharu berkaitan dengan tradisi dan budaya merantau masyarakat rumpun Melayu, umumnya dan masyarakat Melayu Minangkabau, khasnya. Diharapkan buku ini dapat memberikan sumbangan kepada historiografi sejarah ekonomi dan sosial di Malaysia dan Indonesia.

Weight 800 g
Dimensions 21.6 × 14 × 3 cm

You may also like…