Persembahan pertama ufti Bunga Emas dan Bunga Perak oleh kerajaan negeri Perlis kepada empayar Siam di Bangkok bermula pada Januari 1845 di zaman pemerintahan Raja Syed Hussain Jamalullail, Raja Perlis I (1843-1873). lanya merupakan suatu terma balasan kepada autonomi negeri Perlis yang diletakkan sebagai tanah jajahan atau prathetsarat di bawah pengaruh politik Siam selaras dengan konsep dharma raja-cakravartin semasa era pemerintahan Raja Nangklao, Rama III (1824-1851). Konsep ini menekankan keperluan negeri naungan semasa pemerintahan seseorang Raja Siam yang sedang mengembangkan pengaruh politik dan ketenteraan terutamanya di kawasan utara semenanjung Tanah Melayu. Dari aspek geopolitik, negeri naungan adalah dipaksa hidup bersama-sama secara aman dan damai dengan Siam yang lebih berkuasa serta tiada tandingannya di waktu itu sebelum kemunculan kuasa Inggeris di Asia Tenggara dalam tahun 1821. Terdapat juga pemahaman dalam kalangan orang Melayu bahawa persembahan ini sebagai lambang perhubungan dua hala Perlis-Bangkok serta disimbolkan sebagai tanda kerjasama, persahabatan dan ketaatan. Hubungan ini telah mengakibatkan suatu bebanan kewangan pada waktu tersebut yang menjurus kepada economic drain terhadap jentera pentadbiran negeri susulan kos pembuatan dan penghantaran yang tinggi sebanyak 23 kali antara 1845 hingga 1909. Akibat Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam dan Inggeris, penghantaran terakhir yang merupakan kali pertama kepada England (1909) telah dilakukan melalui Singapura selepas 15 November 1909. Susulan 22 kali penghantaran terdahulu kepada pihak Siam (1845-1906) melalui rintisan laluan darat Arau-Prob Bua-Singgora oleh rombongan bergajah dan laluan laut Singgora-Ligor-Bangkok di zaman silam, suatu bentuk kajian lanjutan perlu dilakukan untuk mengenalpasti lokasi pembuatan Bunga Emas dan Bunga Perak, sumber emas dan perak diperolehi, jarak laluan silam rombongan bergajah, senarai penyertaan ahli-ahli rombongan, jumlah dan ciri-ciri gajah yang terlibat, mantera penjinakan gajah, tempat pembekalan gajah, jumpaan baru yang berkaitan dan pelbagai lagi aspek bersangkutan perlu dikemukakan sebagai fakta rujukan serta pengetahuan generasi masakini dan masa hadapan.
Penghantaran Bunga Emas dan Bunga Perak oleh Negeri Perlis (1845 – 1909) serta Kisah Panglima Ali Mudin bin Panglima Hasan Sukur (1860 – 1948)
Cultural Heritage, History & Social History, Language, MalaysianaSuhaimi Teh Yusoff
2024. Suhaimi Teh Yusoff.
Hardcover, 26.0 cm x 18.5 cm, 190 pages
ISBN 9786299945604
RM120.00
Related products
- Sale!
-
Featured
-
Featured
Categories
- Academics
- Architecture
- Areca Books
- Biography
- Books in Chinese
- Books in Malay
- Cookbooks
- Cultural Heritage
- Economy
- History & Social History
- Islamic
- Journeys
- Language
- Literature
- Malaysiana
- Music & Performing Arts
- Nature, Ecology and Environment
- Penang
- Peranakan
- Philosophy
- Politics
- Recommended
- Religion
- Social Issue
- Uncategorized
- Visual Arts
- Young Readers
- Z-souvenirs
- ZeroSugar






