Pendidikan Cina di Malaysia

,

2014, USM
Softcover, 24 cm x 16.5 cm
387 pages
ISBN: 9789838616195

 

 

RM75.00

2 in stock

Buku ini mendokumentasikan tekad usaha serta masalah dan cabaran yang dihadapi pendidik Cina dalam mempertahankan sistem pendidikan Cina di negara ini, la menonjolkan dilema yang dihadapi kumpulan minoriti dalam membangunkan sistem pendidikannya dalam masyarakat majmuk yang didominasi kumpulan majoriti berdasarkan wacana tentang peranan pendidikan sebagai alat pembinaan negara bangsa, Ruang Iingkupnya mencakupi sejarah perkembangan, percaturan politik dan gerakan perjuangan, Dari segi sejarah perkembangan, ia menelusuri asal usul pendidikan Cina serta kedudukannya dalam konteks penggubalan dasar bahasa dan pendidikan di negara ini. Sementara itu, dari segi percaturan politik, ia membincangkan usaha pendidik Cina untuk memobilisasikan sokongan parti politik bagi mempertahankan sistem pendidikan Cina menerusi strategi perjuangan politik yang berlainan. Akhir sekali, ia meninjau gerakan perjuangan pendidik Cina yang berkisar pada isu pengiktirafan bahasa serta isu perkembangan dan pembangunan sistem pendidikan Cina di negara ini.

Weight 1500 g
Dimensions 24 × 16.5 × 2 cm