Pemberontak Filem Vol 2 merupakan sambungan daripada esei-esei Nasir Jani tentang suasana perfileman di Malaysia sejak awal penglibatan beliau sekitar tahun 1980an hingga ke waktu terkini. Beliau meneroka kepelbagaian isu termasuk nasib pembikin filem di negara ini, masa depan sinema dan pergolakan institusi perfileman di Malaysia. Sikap terbuka Nasir dalam menyatakan pandangan memberikan dimensi lebih baik untuk kita memahami bagaimana menjadi seorang pembikin filem di tanah air tercinta.
‘Pemberontakan’ Nasir bukanlah sekadar satu perlawanan kosong, tetapi ia adalah kesinambungan perjuangan panjang yang belum pernah penat dan menemui penamat.
Prakata buku ini dari Pak Hassan Muthalib, Zainal Rashid Ahmad dan Amen Khalid.