Buku ini mengisahkan sejarah hidup Haji Hasan Mohd Tasah, seorang bapa mithali, imam masjid dan pemimpin masyarakat Chemor, Perak. Pelbagai pahit dan manis kehidupan telah dirasai di sepanjang zaman penjajahan British, zaman pemerintahan Jepun, zaman darurat dan zaman pasca merdeka.
Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, beliau berazam untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya dan telah menjadi impiannya agar ke-semua mereka menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa diharungi demi menggapai impian murni itu. Pada masa yang sama beliau juga mengabdikan dirinya pada jalan Allah dengan mengimarahkan masjid di samping bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Kisah pengorbanannya boleh dijadikan contoh yang baik oleh ibu-bapa hari ini. Selamat membaca.