Norhaiza adalah seorang pereka dan pengukir yang berbakat dalam kajian analisisnya terhadap penekanan Motif Melayu Tradisional.
Melalui penyelidikan yang rapi dan teliti, Norhaiza dapat memahami bahawa dua aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada seni ukiran halus Melayu ialah estetika atau keindahan dan aspek fungsian atau kegunaan hasil seni dalam kehidupan. Melalui kajian yang mendalam dan memakan tempoh yang lama, Norhaiza memahami bahawa motif ukiran kayu Melayu mengalami perubahan yang besar sesuai dengan perkembangan sosio-budaya dalam jujuk waktu sejarah.