Memoir Seorang Juruhebah

, ,

Zainal Abas
2013. ITBM.
Softcover, 18.5cm x 13cm, 428 pages
ISBN: 9789830689210

RM35.00

Dalam ruangan Panca Indera, mataku terpandang komik Din Teksi karya Nan. Terlukislah dua watak anak Din Teksi sedang berbaring di ruang tamu sambil mendengar radio. Dalam komik itu digambarkan dua anak Din Teksi sedang mengikuti irama pagiku.

Dialog dari siaran radio itu berbunyi, “Hey, Zainal Abas bertugas pagi ini. Saya akan menyiarkan lagu yang cukup popular sepanjang hari ini, sepanjang minggu ini dan sepanjang bulan ini.”

Dalam kolum kedua komik itu, Nan melukiskan dua watak anak Din Teksi meneka-neka lagu yang bakal dimainkan. Yang kecil meneka Sharifah Aini. Yang besar pula meneka Sudirman. Yang kecil menukar pula tekaan mengatakan DJ Dave. Yang besar mengaru kepala.

Manakala di kolum ketiga pula lagu Amanah Saham Nasional yang berkumandang. Ini menyebabkan anak-anak Din Teksi terlentok lesu kerana tertipu lagu yang dikatakan popular itu.

Aku tersenyum sewaktu membaca komik tersebut. Barang kali kartunis Nan yang terkena sewaktu aku membuat hebahan begitu pagi minggu yang lalu….

Weight 450 g
Dimensions 18.5 × 13 × 2.4 cm