Manifesto Perubahan

, , ,

Editor: R.M. Imaduddin
2018. ABIM Press.
Softcover, 21.4cm x 14cm, 192 pages
ISBN 9789672158189

RM30.00

Manifesto Perubahan bererti penyataan kepercayaan, harapan dan polisi bagi menjayakan perubahan. Politik ialah suatu tempat yang murni untuk disertai oleh semua warga Malaysia dalam sistem demokrasi; Politik perlu didekati, bukan untuk dijauhi. Politik untuk mengurus manusia, bukan untuk merosakkan dunia. Perubahan politik pula, bukan suatu yang menjelikkan, tetapi suatu manifestasi harapan. Pilihanraya ke-14 yang dikatakan bapa segala pilihanraya, setelah 20 tahun pasca reformasi, harus merupakan titik mula kepada kebangkitan rakyat untuk berpartisipasi bagi memaknakan kuasa rakyat dengan jiwa yang besar; jiwa sebagai negarawan; jiwa sebagai pembawa misi tajdid-tanwiri-tahriri; jiwa sebagai penerus pembawa risalah nubuwah. Sesungguhnya, segala agenda rakyat perlu berpusat kepada rakyat; bukan parti politik, bukan sosok tubuh tokoh parti, bukan presiden atau pemimpin utama parti. Agenda rakyat ialah milik rakyat. Ini mesej penting dalam buku ini.

Weight 370 g
Dimensions 21.4 × 14 × 1.2 cm