Makyung: Warisan Mistik Malaysia

, ,

Rahimidin Zahari & Sutung Umar RS
2011. ITBM.
Hardcover, 29.7 cm x 28.7 cm
Illustrated
ISBN: 9789830686622

RM159.00

Browse Wishlist

Dengan pengiktirafan Makyung sebagai Mahakarya Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tersirat (Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) pada tahun 2005 oleh UNESCO, Makyung Malaysia kini dinobatkan sebagai warisan seni bagi sajian inderawi.

Sebuah teater tari tradisional yang menawarkan ragam penghayatan seni barupa gerak tari, nyanyian, muzik dan tarian, Makyung merupakan warisan hidup yang kini jelas mengalami kebangkitan semula apabila berjaya memukau penonton di seluruh dunia.

Persembahan Makyung sentiasa berkembang dari segi kehebatan naratif sehinggalah kepada kebolehan lelucon para pelakonnya. Meskipun tanpa skrip, persembahan spontannya amat mempesonakan sehingga membuatkan penonton tertarik untuk kembali menontonnya lagi.

Rahimidin Zahari, seorang penulis, penyair dan dalang wayang kulit yang terkenal dan disanjungi, buat pertama kalinya menyusun buku yang penuh dengan persembahan kesenian halus untuk memberi peluang kepada pembaca menghayati keindahan persembahan teater mistik yang sedang mengukir kedudukannya di persada seni kontemporari.

Sutung Umar RS yang juga dikenali sebagai Wan Omar merupakan seorang penyair, penulis novel dan penulis cerpen prolifik. Antara karya beliau yang telah diterbitkan ialah tiga antologi puisi kanak-kanak dan pelbagai ulasan sastera. Beliau juga seorang sasterawan Malaysia yang amat prihatin terhadap usaha memelihara seni persembahan Malaysia.

Weight 1430 g
Dimensions 29.7 × 28.7 × 1.9 cm