Langit Runtuh

,

Dayangku Mastura
2014, ITBM
Softcover, 18.4 cm x 13.3 cm, 129 pages
ISBN: 9789674301682

RM20.00

Kesemua 10 buah cerpen dalam buku kumpulan cerpen Langit Runtuh ini mengetengahkan polemik manusia dalam diri sendiri dengan dunia realiti. Kecenderungan penonjolan elemen budaya berlatarkan citra tempatan mengisi alur cerita dalam kumpulan cerpen ini.

Melalui cerpen Kayuhan Kasih dan Asun, kerana kasih sayang, maka seseorang itu sanggup berkorban jiwa raga. Malahan kerana kasih, manusia boleh melampaui batas dan keliru dalam Hanya Sebaris Ayat, Langit Runtuh dan Gerhana. Disebabkan kasih juga,  manusia melupai keterbatasannya sebagai manusia biasa dalam Kelekatu dan Merangkul Rindu. Dalam Rasung dan Royang serta Tanah dan Air,  kerana kasih membuatkan diri sanggup menghadapi segala hambatan waktu. Akhirnya, Sampah membawa erti nilai kasih yang luntur kerana manusia lupa pada asal usulnya.

Weight 230 g
Dimensions 18.4 × 13.3 × 1.0 cm