Buku ini adalah jilid pertama daripada tiga jilid sejarah Amerika Syarikat yang ditulis oleh James MacGregor Burns dalam siri The American Experiment, meliputi tempoh awal pembentukan Perlembagaan tahun 1787 sehingga waktu Presiden Lincoln menandatangani Perisytiharan Pembebasan tahun 1863.
Ladang Kebebasan menjelaskan bagaimana ideal di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan Amerika Syarikat digugat oleh realiti sepak-terajang politik yang licik dan rumit.