Kumpulan Cerpen dan Anekdot: Cacing di Dahi

,

Abang Median Abang Said
2015, ITBM
Softcover, 18.4 cm x 13.3 cm, 165 pages
ISBN: 9789670869377

RM25.00

Hidup sesuatu yang aneh. Penuh kerencaman kisah yang kadang-kadang sukar untuk ditafsirkan dengan logik akal. Jika dilihat daripada kaca mata budaya, akan terserlah magisnya. Jika ditelusuri daripada kaca mata agama, akan tercitra kebesaran-Nya. Tidak ada yang mustahil. Itulah yang diserlahkan dalam Cacing di Dahi yang menghimpunkan 12 buah cerpen dan 11 buah anekdot yang akan membuka jagat pembacaan dengan sorotan peristiwa yang memukau. Kisah yang dipersembahkan melalui anekdot biarpun dipersembahkan dengan gaya yang bersahaja tetapi menjentik jiwa dengan kesinisannya. Kisah-kisah sejagat yang bersifat global telah diberikan nyawa tempatan hingga menggasirkan cerita asal dan menyerlahkan cerita tempatan itu sendiri. Kisah-kisah dalam kumpulan ini sarat dengan entiti agama dan budaya.

Benar! Cacing di Dahi bukan sekadar cerita-cerita biasa kerana ia memaknakan jiwa dan rasa pembaca.

Weight 280 g
Dimensions 18.4 × 13.3 × 1.4 cm