Kembara Seorang Pelukis: Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah

, , ,

Fai Zakaria
2015. ITBM.
Coloured illustration & sketches.
Softcover, 20.3cm x 20.4cm, 248 pages
ISBN 9789670798073

RM50.00

Ayah saya adalah sumber kekuatan saya. Selain tempat bermanja, menumpang kasih, bercerita dan meluah rasa, beliau adalah seorang yang paling saya percayai. Beliau juga merupakan orang yang pertama yang saya ceritakan tentang undangan diterima anak perempuan tunggalnya ini bakal mewakili Malaysia untuk menyertai pameran lukisan di Vienna sekali gus meluahkan hasrat untuk menyambut Aidilfitri di perantauan.

Pada mulanya saya dapat melihat ada cahaya terpancar di wajahnya, tetapi cahaya yang menyirna apabila beliau mula menimbang semula persiapan yang perlu saya lakukan demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang bakal saya pikul.

Sebagai orang Melayu bukanlah menjadi suatu perkara yang biasa buat seorang gadis bujang untuk berjalan bersendirian ke negara asing, apatah lagi selama 60 hari. Ramai di antara rakan-rakan dan kenalan yang saya kongsikan berita ini, turut menentang idea saya untuk ke Eropah bersendirian. Perhatian utama mereka banyak berkisar pada isu keselamatan.

Saya dihujani dengan pelbagai persoalan dan hampir kesemuanya berbau negatif. Persoalan sebegini sebenarnya tidak membantu malah membentuk satu kebimbangan yang tidak munasabah, tetapi akhirnya kebimbangan itu dapat saya atasi dengan berfikiran positif tentang pengalaman yang bakal saya perolehi serta keindahan setiap tempat yang bakal saya kecapi dan bukan keburukannya. Akhirnya tiket dalam genggaman saya.

Ayah dilanda kebimbngan malah saya juga, tetapi Ayah mengetepikan semua rasa yang bersarang dan menyakinkan saya bahawa menyedari hadirnya rasa bimbang itu adalah satu petanda yang baik. Malah jika perasaan itu dapat diatasi, ia adalah lambang kejayaan seseorang itu. Beliau mengajar saya bahawa kekuatan mengatasi sesuatu rintangan adalah satu-satunya kekuatan yang boleh mengatasi apa jua halangan.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan buku ini adalah buktinya. Bukti pengalaman daripada perjalanan yang telah banyak memanusiakan saya.

Saya sentiasa percaya ‘Let Go and Let God’. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Weight 850 g
Dimensions 20.3 × 20.4 × 2.1 cm