“ada kepala tunduklah kalau-kalau dangkal bicaranya”
Kassim Ahmad (1933-2017) terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik, malah seorang cendekiawan,
sasterawan dan penulis. Beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura pada tahun 50-an dan
seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London 1962-1966. Pernah ditahan di bawah ISA (1976-1981). Beliau telah menghasilkan sekian banyak penulisan dan karya-karya, antaranya; Mempelajari Sastera Melayu (1958), Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1964), Dialog Dengan Sasterawan (1977), Universiti Kedua (1983), Hadis Satu Penilaian Semula (1986), Polemik Sastera Islam (1987), Mencari Jalan Pulang (2008) dan lain-lain.