Kelantan Gedung Budaya Negara

, ,

Anuar Musa & Nasirin Abdillah
2018. UMK.
Softcover, 22.8 cm x 19.8 cm, 210 Pages.
Illustrated.
ISBN: 9789670955926

 

RM38.00

Kelantan Gedung Budaya Negara: Sebuah Rangkuman Persuratan ini merupakan satu himpunan penulisan karya kreatif dan bukan kreatif, gandingan penulis-penulis lama dan baharu yang berasal atau bermastautin di Kelantan. Karya kreatif berupa sajak dan cerpen dalam persuratan ini merangkumi kepelbagaian aspek berkenaan Kelantan; daripada sejarahnya, tokoh budayawan dan perjuangan malahan warisan makanan sehinggalah kepada keindahan tempat dan keharmonian masyarakatnya. Begitu juga dengan karya bukan kreatif dalam bentuk esei yang ‘santai’ – tidak terlalu ilmiah yang memudahkan pemahaman dan mencetuskan rasa apresiasi terhadap warna-warni budaya Kelantan. Persuratan ini adalah sebuah rekod penting yang berhasil memberikan satu gambaran bahawa Kelantan memang tidak dapat dinafikan kaya dengan budaya yang pelbagai. Buku ini juga berjaya membuktikan bahawa Kelantan sememangnya sebuah gedung budaya negara.

Weight 550 g
Dimensions 22.8 × 19.8 × 1.1 cm