Sebuah autobiografi kelana anak jati Karai
Buku ini ditulis bertujuan untuk mengumpul maklumat sejarah yang semakin hari semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini. Perasaan bimbang memikirkan andai segala dimiliki ini lenyap jika tiada yang mengambil endah. Segalanya akan bersemadi dalam lipatan sejarah sebelum hilang ditelan zaman kerana tidak ramai yang sanggup mengadai masa untuk menulis. Tidak hanya itu, catatan sebegini dapat menghindari kita daripada terpedaya dengan cerita mitos atau andaian. Segalanya akan kekal sebagai khazanah negara yang dapat diturunkan kepada generasi berikutnya. Kemunculan teknologi baharu seperti penulisan blog, Facebook, dan lnstagram tidak dinafikan membantu dalam menyampaikan maklumat. Tetapi, segalanya cukup sekadar simpanan yang boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. lni menyebabkan kelestarian bahan tersebut tidak kekal dan boleh hilang atau dimanipulasi oleh sesetengah pihak.
Terdapat juga bahan sejarah yang telah musnah disebabkan kurangnya apresiasi terhadap nilai peninggalan bahan sejarah dalam kalangan masyarakat. Kemusnahan juga boleh berlaku disebabkan kos untuk memeliharanya terlalu mahal atau dimusnahkan atas faktor keselamatan. Apa jua alasan yang diberikan, jika masyarakat mempunyai apresiasi terhadap peninggalan sejarah ia pastinya boleh diatasi dengan menjadikan bahan sejarah itu sebagai produk pelancongan. Dengan itu, yuran boleh dikenakan bagi menampung kos penyelenggaraan sekali gus dapat dipelihara untuk rujukan generasi akan datang.
Bahan bacaan selanjutnya
Town of Karai : The only coal mining site in the State of Perak and its contribution to the urban development oleh Mohd Hasrol Haffiz Bin Aliasak, PhD, Mohd. Nor Bin Osman, Siti Rahayu Binti Zakaria, Mohd Farid Bin Sa’ad & Nur Lesya Firsya Binti Johaimi Ling.