Menghadap Pulau Pinang, terbentang tanah besar Seberang Perai – sebuah wilayah seluas 751 kilometer persegi, lebih daripada dua kali ganda saiz pulau itu.
Dahulu ia nadi pertanian Pulau Pinang. Seberang Perai – juga disebut Province Wellesley – kini telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar raya dengan ekonomi yang dinamik dan produktif. Lipatan sejarahnya menjangkau lebih 5,000 tahun, bermula daripada tinggalan prasejarah Guar Kepah, ketamadunan Lembah Bujang, Kesultanan Kedah, dan penjajahan British.
Buku ini menjemput anda berkembara merentasi aneka saujana Seberang Perai, daripada hamparan sawah padinya yang indah dan perkampungan nelayan hingga ke pusat bandar yang meriah seperti Butterworth, Bukit Mertajam, dan Nibong Tebal. Ia mengetengahkan warisan rumah kedai, hutan paya bakau, dan denai-denai pendakian yang menghijau, di samping memperkenal hidangan serta selera setempat yang mencerminkan pusaka budaya Seberang Perai yang berbilang kaum.
Dakapan lebih 400 foto dan ilustrasi, peta terperinci, dan riwayat yang mendalam, buku ini menjadi gerbang anda untuk mengenali tanah seberang dalam kanta berbeza. Mari kita sama-sama Jelajah Seberang Perai!
Tentang Penulis
Khoo Su Nin @ Khoo Salma Nasution dilahirkan di Pulau Pinang dan berketurunan Baba Nyonya. Beliau merupakan graduan Duke University, Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi editor Pulau Pinang Magazine dan mantan Presiden Penang Heritage Trust.
Sebagai cicit kepada Khoo Soo Hong, seorang senator pengasas Leong San Tong Khoo Kongsi, beliau berakar umbi di kawasan bersejarah Lebuh Acheh–Lebuh Armenian.
Beliau juga merupakan penjaga Sun Yat Sen Museum Pulau Pinang di 120 Lebuh Armenian serta pengasas bersama Areca Books.
Antara karya beliau termasuk Streets of George Town, Penang (1993), Sun Yat Sen in Penang (2008), The Chulia in Penang (2014) – pemenang ICAS Book Prize 2015, Sejarah Bergambar Seberang Perai (2015), dan Exploring Seberang Perai / Jelajah Seberang Perai (2025).
Antara karya beliau termasuk, Sun Yat Sen in Penang (2008), The Chulia in Penang (2014) – pemenang ICAS Book Prize 2015, Sejarah Bergambar Seberang Perai (2015), dan Exploring Seberang Perai / Jelajah Seberang Perai (2025).
Tentang Pelancaran Buku
Pelancaran Buku Exploring Seberang Perai dan Siri Pameran & Ceramah

















