Selain mengupas konsep dan menggagaskan pembaharuan naratif seperti muwatinun, yakni muafakat dalam masyarakat plural, yang dahulunya dipopularkan melalui konsep li ta’arafu, pengarang turut mengimbau aliran pemikiran reformis Islam semasa, dan antara yang saya kira menarik dalam konteks masyarakat Malaysia adalah dengan mengaitkan persoalan konsep dengan kontroversi pelaksanaan hukum, konsep Negara Islam dan kalimah “Allah”. – Dato Sri Anwar Ibrahim
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ kini merupakan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebelumnya pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara khususnya dalam kes melibatkan hak asasi manusia dan kes litigasi kepentingan awam.