Islam & Ekologi

, , , ,

Fazlun M Khalid (author)
Baharin Ramly & Aini Majid (translators)
1997. SAM.
Softcover, 23.00 cm x 15.50 cm, 124 pages
ISBN: 9839952056

RM30.00

Penerbitan buku Islam dan Ekologi yang disunting oleh Fazlun Khalid dan Joanne O’ Brian dalam Bahasa Malaysia oleh Sahabat Alam Malaysia merupakan satu langkah kecil tetapi penting dalam membawa kefahaman yang betul mengenai alam sekitar menurut perspektif Islam di kalangan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Islam. Keistimewaan buku ini ialah kerana permasalahan alam sekitar atau ekologi dibincangkan daripada sudut pandangan Islam dengan merujuk kepada petunjuk al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Memandangkan setiap bab yang terdapat di dalam buku ini adalah istimewa, penting dan relavan dengan perkembangan alam sekitar negara kita yang sudah mula menghadapi banyak masalah alam sekitar dan akan menimbulkan lebih banyak masalah pada masa hadapan, iaitu pada ketika negara kita sudah menjadi negara industri sepenuhnya menjelang tahun 2020 atau selepasnya, maka SAM mengambil daya usaha menterjemah dan menerbitkan buku ini untuk menjadi tatapan dan renungan kita bersama.

Mudah-mudahan idea dan saranan yang terdapat dalam buku ini akan menjadi panduan, terutama kepada pembuat dasar dan perancang dalam pelbagai bentuk pembangunan, bagaimana sepatutnya alam sekitar dan sumber-sumber asli itu dijaga dan di-urus, bukan daripada perspektif barat yang materialistik, tetapi mengikut ajaran Tuhan melalui kitab suci-nya al-Quran dan melalui hadis Rasulullah s.a.w. yang berteraskan nilai keimanan, keluhuran, kebenaran, ke- adilan dan kasih sayang.

Weight 1000 g
Dimensions 23 × 15.5 × 1 cm