Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu

, , , ,

Auni Haji Abdullah
2018. ABIM Press.
Softcover, 21.5cm x 14cm, 376 pages
ISBN 9789672158325

RM48.00

Buku ini cuba menyumbangkan satu kajian sejarah yang memperjelaskan proses bertahap-tahap dalam menegakkan landasan pemerintahan Islam dan menerapkan suatu tataurus kerajaan (statecraft) baru seiring dengan kemasukan agama Islam hingga berakar umbi membentuk budaya politik dan pemerintahan yang telah menghakiskan sisa baki warisan tradisi Hindu yang telah agak lama mencengkam rantau Alam Melayu. Penerapan ini telah mengubah arahtuju kiblat nilai-nilai politik dan pemerintahan. Sesungguhnya sepanjang proses Islamisasi yang berlaku dalam lipatan sejarah, ia telah mentransformasi ekologi politik Alam Melayu. Transfomasi yang berlaku bukan hanya sekadar merombak struktur dan institusi pemerintahan malahan menyuntik falsafah dan pemikiran politik yang mencorakkan pandangan dan pegangan hidup dalam berpolitik dan berkerajaan.

Manifestasi dari transformasi yang berkesinambungan dari abad ke abad telah dipaparkan dengan terperinci dari berbagai dimensi. Hal ini dapat ditelusuri dari pola pembentukan kesultanan-kesultanan hinggalah kepada pola kedinamikan dan pergumulan ulama sebagai tulang belakang di sebalik pertapakan asas-asas pemerintahan Islam dan kepada kemapanan tradisi pemerintahan Islam menjadi banteng ampuh menghadap asakan demi asakan kolonialisme. Dengan paparan ini dapat menyerlahkan bahawa kemunculan kesultanan demi kesultanan dengan dukungan para ulama telah meletakkan suatu unsur kedinamikan dalaman yang menjadi paksi kepada pertumbuhan sebuah tamadun dengan nilai-nilai peradaban baru dan kepada perubahan dalam persekitaran perniagaan, proses perbandaran, pertumbuhan kota-kota pelabuhan yang telah menobatkan banyak kesultanan sebagai pusat keilmuan yang serentak dengan itu juga merupakan kuasa politik dan perdagangan yang digeruni. Semuanya ini memperjelaskan hakikat tentang impak dan bahana tatacara politik baru berpaksikan ajaran Islam yang telah dapat berkembang dan bertapak.

Dimensions 21.5 × 14 × 2.3 cm