Islam dalam Politik & Pendemokrasian di Indonesia

, ,

Robert W. Hefner
Translated from CIVIL Islam: Muslim and Democratization in Indonesia
Translated by Al-Mustaqeem M. Radhi

2018. IBDE.
Softcover, 23cm x 15.1cm, 421 pages
ISBN 9789671549711

RM45.00

Di bawah rejim Orde Baru, Indonesia terjerumus ke lembah kekerasan. Selama puluhan tahun, rejim itu menindas para pejuang demokrasi serta memerintah Indonesia secara kuku besi. Namun di tengah kancah ini muncul gerakan pro-demokrasi yang ditunjangi golongan Muslim. Gerakan tersebut memainkan peranan penting menjatuhkan rejim Soeharto pada tahun 1998, membolehkan muncul sebuah kerajaan demokratik yang dipimpin oleh tokoh Nahdlatul Ulama Kiai Haji Abdurrahman Wahid pada tahun 1999.

Buku ini menunjukkan betapa Islam dan demokrasi tidak bertentangan. Pengarangnya secara jelas menggambarkan keberanian masyarakat Muslim memperjuangkan demokrasi dan pembaharuan politik walaupun ditindas dengan pelbagai cara, termasuk kekerasan, oleh pemerintah kuku besi.

Weight 700 g
Dimensions 23 × 15.1 × 3.2 cm