Bacaan khas untuk anak muda!
Aku ada tips untuk kau kalau nak sembang tentang politik tanpa stress. Senang saja, jangan taksub dengan parti dan tokoh-tokoh politik. Bendera yang kau kibar hari ini belum tentu sama perjuangannya seperti bendera itu pada masa dahulu. Tokoh-tokoh yang kau sanjung boleh lompat parti bila-bila masa sahaja. Jadi aku harap masa kau baca penulisan aku ini, kau tak melatah bila ada mana-mana parti atau tokoh yang kau taksud kena perli. Nak jadi lebih terbuka maka buang ketaksuban parti kita itu di belakang. Kalau kau harapkan penulisan dalam buku ini semua murni-murni, aku tak jamin. Tapi tak juga asyik mengutuk. Kita adil dalam berpandangan dan perbincangan. Kalau tak sama pandanganm jangan melenting. Kalau nak melenting juga, baiklah tak perlu baca pandangan buku ini.