Diari Seorang Kelana

, ,

Halimi Ibrahim
2022. KayaCipta.
Softcover, 18.5 cm x 11 cm x 3 cm, 568 pages
ISBN: 9789671773598

RM50.00

Halimi Ibrahim dilahirkan di sebuah kota kecil di Sumatera Barat bernama Talu, Kabupaten Pasaman (Nagari Talu, Rantau Pasaman, Minangkabau) pada tahun 1920.

Autobiografi ini adalah perjalanan kisah hidupnya di Tanah Melayu selepas dibawa merantau oleh ayah dan ibunya ketika berusia sebulan.

Tulisan ini merupakan catatan sebenar Halimi mengenai zaman remajanya yang penuh kenakalan, dewasa yang menjadi saksi kepada warna-warni kehidupan di bandar Ipoh semasa era awal pembangunannya, konflik masyarakat dan percintaan.

Di dalam catatan peribadi bertulisan Jawi ini juga Halimi menceritakan kisah permulaan serangan Jepun, Perang Dunia Kedua dan penyeksaan tentera Nippon yang ditempuhinya selepas dituduh menjadi tali barut komunis.

Lembaran baharu hidupnya bersambung dengan penderitaan dan penyeksaan apabila diperdaya tawaran bekerja sebagai buruh pembinaan landasan kereta api maut di Siam.

Selepas cubaan melarikan diri gagal di pertengahan jalan, Halimi akhirnya terhumban semula ke kem buruh Jepun untuk pembinaan jambatan di Sungai Kwai.

Selepas beberapa cubaan, beliau akhirnya berjaya melepaskan diri dari cengkaman Jepun dengan menyeludup masuk ke dalam tangki air kapal dagang dan ‘hanyut’ ke Jakarta.

Halimi ditakdirkan menyertai pasukan tentera laut Jepun-Indonesia dan dalam satu rondaan di perairan Selatan Burma, kapalnya telah diserang pesawat dan kapal selam Tentera Berikat sehingga terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni.

Selepas diselamatkan dan dibawa semula ke bumi Jakarta, Halimi menyaksikan kekalahan dan penyerahan tentera Jepun lalu berkelana semula ke Tanah Melayu.

Catatan perjalanan hidupnya sempat ditamatkan sebelum menjadi korban serangan bersenjata komunis di Tanjung Tualang, Perak.

Weight 1500 g
Dimensions 18.5 × 11 × 3 cm