“Biografi ini adalah contoh teladan bagi setiap kita untuk menjadi pedoman hidup. Sarat dengan nasihat dan pengalaman hidup yang berharga. Satu warisan yang perlu diwasiatkan untuk generasi akan datang.”
– Tun Dr. Abdul Daim bin Zainuddin
Kisah Benar ‘Perjalanan Sejarah Hidup’ Ferri Anugerah Makmur. Berkisar di tiga negara Indonesia, Malaysia dan Vietnam dari tahun 1930an hingga hari ini. Cinta seorang wanita Tionghua Jawa beragama Buddha dari Solo, Jawa Tengah terhadap kekasihnya seorang anak saudara Pak Kyai Ulama Besar Almarhum Sheikh Haji Sulaiman Arrasuli dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Cinta tanpa restu orang tua kerana perbezaan agama, budaya dan bahasa. Demi cinta, sang wanita minggat meninggaikan keluarga, agama, bahasa dan budayanya. Sumpahan ibu kandung yang melahirkan membawa perjalanan hidup sengsara bergelora. Berhijrah ke Malaysia mencari kehidupan baru. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi pencetus penyambungan nyawa baru. Namun, kesengsaraan dari penderaan jiwa oleh menantu membawa ajal ibu. Ternyata dalam kematian, ia tetap indah.
Satu penceritaan yang mampu membawa airmata, keinsafan dan tauladan kepada kita manusia yang lemah milik mutlak Yang Maha Esa.
Pujian untuk Cinta Agung Ibu
“You are a man of determination, know what you want and work very hard to achieve your ambition.”
Y Bhg. Tan Sri Abu Taib Osman, Mantan Peguam Negara Malaysia
“Memberi pendapat, berkongsi pengalaman, mengimbas masa lampau dan merenung kemungkinan apa yang berlaku pada masa depan adalah antara kandungan buku yang dapat menambah kepada pengetahuan kita.”
Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia
“Biografi ini adalah contoh teladan bagi setiap kita untuk menjadi pedoman hidup. Sarat dengan nasihat dan pengalaman hidup yang berharga. Satu warisan yang perlu diwasiatkan untuk generasi akan datang.”
Daim Zainuddin
“Yang jelas, Nusantara tampil sebagai sumber asas kepada beberapa budaya dan tradisi sehingga ia menikmati kekayaan beraneka rupa identiti. Ferri adalah salah satu daripada hasil ini.”
Ramli Ibrahim, Sutra Foundation
Tentang penulis (secara ringkas)
Ferri Anugerah Makmur merupakan personaliti pelbagai bakat: penulis, kolektor seni, pembawa acara, motivator, penghibur, restorasi otomobil klasik dan usahawan. Beliau lahir pada 14 Februari, 1962 di Bandung, Indonesia. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 1968. Seorang pelajar berbakat di sekolah rendah dan menengah, beliau dianugerahkan Fellow Diploma of the Oxford Centre of Leadership UK. Pernah menganjurkan pameran-pameran seni seperti LIMA’97 Langkawi International Maritime Aerospace Art Exhibition, ‘The Journey Of Malaysian Art’ (anjuran Bersama APEC Business Summit), ‘Mystical Bali Art Exhibition’, Star Hill Art Gallery, ‘Adeputra, Chekri & Fatimah Chik International Art Exhibition di Tokyo (kolaborasi dengan Matrade) dan ‘Mat Dollah Art Exhibition, Mallorca & Madrid (kolaborasi dengan Kedutaan Malaysia di Sepanyol & Balai Senilukis Negara). Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Vice President, Professional Leadership Certification, The Oxford Centre for Leadership, United Kingdom. Buku Cinta Agung Ibu merupakan karya sulung Ferri. Buku tersebut dilancar di Malaysia pada 8hb Mac, 2021 sempena Hari Wanita Sedunia oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi BERNAMA ( Hotel Istana Kuala Lumpur).
Bacaan lanjut/berita dalam media