“Kegelisahan saya sewaktu menyedari bahawa konsep kebahagian saya yang sepertinya, pada saya, berbeza secara keseluruhannya dengan orang lain, terlalu besar sehingga membuatkan saya tidak dapat tidur dan mengerang setiap malam di katil saya. Ia sememangnya membawa saya ke pinggir kegilaan.”
Bukan Lagi Manusia adalah sebuah novel tulisan Osamu Dazai yang diterbitkan pada tahun 1948. Ditulis dari sudut pandang pertama oleh watak utamanya Oba Yozo melalui buku-buku notanya, Bukan Lagi manusia mengisahkan kesengsaraan seorang lelaki yang mempunyai ketakutan yang mendalam terhadap manusia, di mana dia tidak mampu untuk mendedahkan dirinya yang sebenar kepada orang lain, tetapi sebaliknya mempamerkan topeng badut kosong demi melindungi diri dan rasa takutnya terhadap manusia. Dianggap sebagai semi-autobiografikal, Bukan Lagi Manusia diterbitkan sebulan selepas kematian Dazai di bawah tangannya sendiri dan diangkat sebagai salah sebuah sastera klasik pasca perang dan karya ulung penulis Jepun tersebut.
Diterjemah oleh AHMAD BIN MUHAMMAD