Buku ini saya tulis dalam tempoh bertenang politik. Merenung kembali dengan penuh keinsafan apa yang sudah diperolehi dan berazam menggapai semula apa yang tertinggal.
Ia adalah gagasan idea yang boleh disesuaikan mengikut bajet, lapangan dan kesediaan.
Buku ini jauh dari sempurna, tapi ia merupakan permulaan kepada lebih 21,000 cawangan UMNO di seluruh negara untuk memperkemaskan gerak kerja bagi menghadapi PRU15
Saya berharap ia memberi manfaat kepada semua. Apa pun yang berlaku kepada semua. Apa pun yang berlaku kepada saya dan parti, ini merupakan sumbangan peribadi kepada parti yang jasanya tidak boleh diukur dan disukat ini. — Budiman Mohd Zohdi