Bajau Pantai Barat

Saidatul Nornis Hj. Mahali
2012. ITBM.
Softcover, 22.8 cm x 15.2 cm, 243 Pages
Illustrated
ISBN: 9789830688565

RM35.00

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penerbitan buku dalam siri ini merupakan hasil kajian UMS yang menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik di Sabah dan Borneo. Segala maklumat yang lengkap didokumentasikan ini boleh menjadi rujukan penting bagi mengkaji dan memahami tatacara kehidupan etnik-etnik yang terdapat di Sabah.

Menerusi buku ini, pembaca didedahkan pelbagai maklumat asas berkaitan kitaran hidup, sistem ekonomi, aspek kepemimpinan, genre lisan dan budaya benda serta pandang dunia etnik Bajau di Pantai Barat Sabah yang sebahagian besarnya tertumpu di Kota Belud. Hal ini berikutan sifat masyarakatnya yang didapati masih tegar memelihara serta mengamalkan pelbagai tradisi nenek moyang Bajau, termasuklah dalam aspek perilaku khusus ketika upacara tertentu seperti perkahwinan, kelahiran dan kematian.

Weight 580 g
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.7 cm