Cart 0

Kuala Kangsar, The Royal Town of PerakA guide to heritage sites and historic buildings

1 Malay College Kuala Kangsar,
Jalan Tun Razak

The formation of the Malay Residential School in 1905 was supported by all four rulers of the Federated Malay States. In 1909, Sultan Idris (reigned 1887–1916), who donated the 30-acre site, officiated the Big School building designed by A.B. Hubback. The Malay College Kuala Kangsar, dubbed ‘Eaton of the East’, aspired to the tradition of elite public schools in England. The school’s motto is Fiat Sapientia Virtus, meaning, ‘manly virtue through wisdom’. The ‘Big School’ Building was declared a national heritage monument in 2009.

1 Kolej Melayu Kuala Kangsar, Jalan Tun Razak
‘Sekolah Berasrama Melayu’ diasaskan pada 1905, dengan sokongan keempat-empat Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada 1909, Sultan Idris (memerintah 1887–1916), yang menghibah tanah seluas 30 ekar, merasmikan bangunan ‘Big School’ yang direka bentuk oleh A.B. Hubback. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), yang digelar ‘Eaton of the East’, bercita-cita untuk meneladani tradisi sekolah awam elit di England. Moto sekolah ialah Fiat Sapientia Virtus yang bermaksud ‘kebijaksanaan mutu manusia’. Bangunan ‘Big School’ telah diisytiharkan sebagai monumen warisan negara pada 2009.

2 Istana Gahara, Jalan Tun Razak
Istana Gahara was the home of Raja Bendahara Abdul Rashid ibni Sultan Idris I, who was third in line to the throne. Having served as aide-de-camp to three sultans, he passed away in 1958 and is remembered as the last Raja Bendahara of Perak.

2 Istana Gahara, Jalan Tun Razak
Istana Gahara adalah kediaman rasmi Raja Bendahara Abdul Rashid ibni Sultan Idris I, darjatnya ketiga tertinggi di negeri Perak selepas Sultan dan Raja Muda. Berkhidmat sebagai pembantu kepada tiga orang Sultan, baginda mangkat pada 1958 dan dikenang sebagai Raja Bendahara Perak yang terakhir.

3 Gurdwara Sahib, Jalan Sultan Idris Shah
The Sikh community founded the Kuala Kangsar Gurdwara Sahib in 1890. The current Gurdwara Sahib was built in 1954 at a cost of RM25,000, with the words ‘Sikh Temple’ emblazoned on its gable front.

3 Gurdwara Sahib, Jalan Sultan Idris Shah
Masyarakat Sikh mengasaskan Gurdwara Sahib Kuala Kangsar pada 1890. Gurdwara Sahib ini dibina pada 1954 dengan biaya RM25,000. Perkataan ‘Kuil Sikh’ terpampang di hadapan tebar layarnya.

4 Hospital Pertama, Jalan Taiping
Hospital daerah Kuala Kangsar dibuka pada Ogos 1884 dan boleh menampung 38 pesakit. Bangunan lama hospital itu terpelihara di satu sudut padang Sekolah Clifford.

4 First Hospital, Jalan Taiping
The Kuala Kangsar district hospital opened in August 1884, with a capacity of 38 beds. The old hospital building is preserved in one corner of the Clifford School field.

5 Clifford School, Jalan Taiping
Through the initiative of Sultan Idris I, the first Government English School, better known as ‘Hogan’s School’, was established in 1897. In 1905, the school had a principal, four teachers and 158 pupils. This institute was renamed Clifford School in 1928 after Sir Hugh Clifford, Governor of the Straits Settlements and High Commissioner of the Federated Malay States. The school’s motto is ‘The Ship Is Greater Than The Crew’.

5 Sekolah Clifford, Jalan Taiping
Menepati cita-cita Sultan Idris I, sekolah aliran Inggeris kerajaan yang pertama, yang lebih dikenali sebagai ‘Sekolah Hogan’, didirikan pada 1897. Pada 1905, sekolah ini mempunyai seorang pengetua, empat orang guru dan 158 orang murid. Pada 1928, sekolah ini dinamakan Sekolah Clifford sempena Sir Hugh Clifford, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Moto sekolah ialah The Ship Is More Than The Crew.

6 Church of the Resurrection,
Jalan Raja Bendahara

The small wooden church building, built in 1908, can accommodate about 50 worshippers. The church was consecrated by the Bishop of Singapore in 1910 and is part of the Anglican Diocese of West Malaysia.

6 Church of the Resurrection,
Jalan Raja Bendahara

Gereja kecil ini yang diperbuat daripada kayu pada 1908, dapat menampung kira-kira 50 jemaah. Gereja ini ditahbiskan oleh Uskup Singapura pada 1910 dan merupakan sebahagian daripada Keuskupan Anglikan Malaysia Barat.

7 Iskandar Polo Pavilion, Jalan Tun Razak
A monument was put up in 1931 through subscriptions from the Perak Justices of the Peace to commemorate the tenth anniversary of Sultan Iskandar Shah’s reign. The name of the architect, N.E. Don, is inscribed on a marble plaque.

7 Iskandar Polo Pavilion, Jalan Tun Razak
Monumen ini dibina pada 1931 dengan caruman daripada Jaksa-Jaksa Pendamai di Perak untuk memperingati ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Arkiteknya, ialah N.E. Don seperti tercatat pada plak marmar.

8 Kuala Kangsar Land and District Office, Jalan Raja Chulan
Built in 1904, the Land and District Office was the centre of administration for Kuala Kangsar district. The district officer, collector of land revenue, surveyor and other senior government officers were stationed here. A split staircase provides a secure entrance from the porte-cochere to the upper hall.

8 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Jalan Raja Chulan
Bangunan ini dibina pada 1904 dan merupakan pusat pentadbiran daerah Kuala Kangsar. Pegawai Daerah, Pemungut Hasil Tanah, Juruukur dan pegawai kanan kerajaan yang lain ditempatkan di sini. Tangga bercabang membawa pengunjung dari porte-cochere ke dewan atas.

9 The Idris Club, Jalan Raja Chulan
The Idris Club was an exclusive social and recreational club for Malay dignitaries and colonial government officers. The current Anglo–Malay style club building was erected in 1903.

9 The Idris Club, Jalan Raja Chulan
Kelab Idris adalah kelab sosial dan rekreasi eksklusif untuk pembesar Melayu dan pegawai kerajaan kolonial. Bangunan kelab gaya Inggeris-Melayu ini didirikan pada 1903.

10 Medical Officer’s Quarters, off Jalan Raja Chulan
This house was marked as the quarters of the ‘Medical Officer, Women’s Hospital’ in a 1945 map of Kuala Kangsar. The five-sided porch roof is a typical feature of Perak house architecture.

10 Kuarters Pegawai Perubatan, off Jalan Raja Chulan
Rumah ini dicatat sebagai kuarters ‘Pegawai Perubatan, Hospital Wanita’ dalam peta Kuala Kangsar tahun 1945. Bumbung anjung lima sisi adalah ciri khas seni bina rumah Perak.

11 Oldest Rubber Tree, Jalan Raja Chulan
This rubber tree, planted in the compound of the Kuala Kangsar Land and District Office, is regarded as the oldest in Malaysia. Its origins can be traced to the rubber propagation efforts of Sir Hugh Low, British Resident of Perak, in 1877.

11 Pokok Getah Tertua, Jalan Raja Chulan
Pokok getah ini, yang ditanam di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, dianggap sebagai yang tertua di Malaysia, kerana turunan daripada baka pohon getah yang dicambah oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak, pada 1877.

12 King George VI
Clock Tower, Roundabout – Jalan Daeng Selili – Jalan Istana – Jalan Kangsar – Jalan Taiping

The ‘Coronation Tower’ designed by the architect, C.G. Boutcher, was erected in 1939 to mark the installation of King George VI in England.

12 Menara Jam King George VI, Bulatan – Jalan Daeng Selili – Jalan Istana – Jalan Kangsar – Jalan Taiping
Menara jam ini, yang direka bentuk oleh arkitek C.G. Boutcher, didirikan untuk memperingati penabalan King George VI di England.

13 Post Office, Jalan Daeng Selili
The postal service was inaugurated in Perak with a post office in Taiping in 1876. The current Post and Telegraph Office building, facing the Kuala Kangsar roundabout, was opened in 1912. This building erected by the public works department is on a similar, but inverted, plan as the Tapah Road post office from the same year.

13 Pejabat Pos, Jalan Daeng Selili
Perkhidmatan pos diperkenalkan di Perak dengan terbukanya pejabat pos di Taiping pada 1876. Pejabat Pos dan Telegraf yang menghadap bulatan Kuala Kangsar ini dirasmikan pada 1912. Bangunan yang didirikan oleh jabatan kerja raya ini mempunyai pelan yang serupa, tetapi songsang, dengan pelan pejabat pos Tapah Road dari tahun yang sama.

14 Tsung Wah School, Jalan Kangsar
This Chinese primary school was founded by a group of businessmen and professionals in 1911. The school opened at Jalan Datoh and its first class was taught in Cantonese. When the institution moved to the present site at Jalan Kuala Kangsar, the medium of instruction was changed to Mandarin.

14 Sekolah Tsung Wah, Jalan Kangsar
Sekolah rendah ini telah diasaskan oleh ahli perniagaan dan profesional Cina pada 1911. Asalnya sekolah ini terletak di Jalan Datoh dengan penghantar bahasa Kantonis. Sekolah ini kemudian berpindah ke tapak sekarang di Jalan Kuala Kangsar, dan bahasa pengantarnya ditukar kepada bahasa Mandarin.

15 Yut Loy Restaurant, Jalan Kangsar
This coffee shop was started in 1939 and is run by third-generation Hainanese cooks. In the past, the coffee shop was patronised by Malay royalty and students from Malay College Kuala Kangsar. Today, Yut Loy continues to be a favourite eatery for the MCKK alumni.

15 Restoran Yut Loy, Jalan Kangsar
Kedai kopi ini yang diuruskan oleh tukang masak Hainan generas ke-3, membuka pintunya pada 1939. Dahulu, kedai kopi ini sering dikunjungi oleh golongan diraja Melayu dan penuntut-penuntut Kolej Melayu Kuala Kangsar. Hari ini, Yut Loy masih menjadi tempat makan kegemaran alumni MCKK.

16 Double Lion Restaurant and Hotel, Jalan Kangsar
The hotel is named after a pair of stone lions which used to grace the front entrance. Run by a Hainanese family of bakers, it was the town’s premier restaurant during the heyday of cinema in the 1950s and 1960s. The mansion was bought from a Malay Raja and renovated in 1944, and again in 1964 when an Art Deco façade was added.

16 Restoran dan Hotel Double Lion, Jalan Kangsar
Nama bangunan mengenang sepasang patung singa batu yang pernah menghiasi pintu masuknya. Diurus oleh keluarga pembuat roti Hainan, ia pernah menjadi restoran utama semasa zaman kegemilangan pawagam pada 1950-an dan 1960-an. Rumah agam ini dibeli daripada seorang Raja Melayu dan diubah suai pada 1944 dan sekali lagi pada 1964 dengan wajah Art Deco.

17 Raja Perempuan Kelsom Girls’ School,
Jalan Bukit Kerajaan

The High Commissioner’s Residence, designed by A.B. Hubback, was built in 1904 at a cost of $90,939 Straits Dollars. Also called the King’s Pavilion, it was located on Government Hill (formerly ‘Che Mida’s Hill’). The Government English School, which started as the Methodist Girls’ School in 1949, moved into the King’s Pavilion in the late 1950s. In 1967, its name was changed to Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom, after Raja Perempuan Kelsom Lateh, the consort of Sultan Iskandar Shah and the mother of Sultan Idris Shah II.

17 Sekolah Raja Perempuan Kelsom,
Jalan Bukit Kerajaan

Kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, yang direka oleh A.B. Hubback, dibina pada 1904 dengan biaya $90,939 Straits Dollars. Ia juga kenali dengan nama King’s Pavilion, terletak di atas Bukit Kerajaan, yang asalnya Bukit Che Mida. Sekolah Inggeris Kerajaan, yang diasaskan sebagai Sekolah Perempuan Methodist pada 1949, berpindah ke King’s Pavilion pada akhir 1950-an. Pada 1967, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Perempuan Kelsom mengambil berkat Raja Perempuan Kelsom Lateh, suri Sultan Iskandar Shah dan ibunda Sultan Idris Shah II.

18 British Military Cemetery, Jalan Istana
The assassination of the first British Resident of Perak, J.W.W. Birch, in Pasir Salak on 2 November 1875 was planned by the Perak royals and nobles who strongly resisted British rule. The British clashed with the Malay defenders of Kota Lama Kanan on 4 January 1876. A monument was erected to honour the memory of Major Gerald Hawkins and 14 other British servicemen who fell in the Perak War in 1876 and 1877.

18 British Military Cemetery, Jalan Istana
Pembunuhan Residen British pertama Perak, J.W.W Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875 dirancang oleh kerabat diraja dan pembesar Perak yang tegar melawan pemerintahan British. British bertempur dengan pejuang-pejuang di Kota Lama Kanan pada 4 Januari 1876. Sebuah monumen didirikan untuk memperingati Mejar Gerald Hawkins dan 14 askar British lain yang gugur dalam Perang Perak pada 1876 dan 1877.

19 Istana Ulu (Galeri Sultan Azlan Shah),
Jalan Istana, Bukit Chandan

This former palace of the consort of Sultan Idris I is now the premises of the Sultan Azlan Shah Gallery, officially opened in 2003 to showcase the illustrious life of Sultan Azlan Shah (1928–2014).

19 Istana Ulu (Galeri Sultan Azlan Shah),
Jalan Istana, Bukit Chandan

Bekas istana permaisuri Sultan Idris I, kini menjadi premis Galeri Sultan Azlan Shah, dibuka secara rasmi pada 2003 untuk mempamerkan riwayat hidup Sultan Azlan Shah (1984–2014).

20 Baitul Anor, Jalan Istana
Many beautiful villas on Bukit Chandan were designed by Raja Harun al-Rashid and built by Tukang Suffian. Raja Harun was the son of Sultan Idris I and Malay secretary to his half-brother, Sultan Iskandar Shah. This villa, built in 1912, was named after his son, Raja Anor Shah.

20 Baitul Anor, Jalan Istana
Banyak vila yang indah di Bukit Chandan telah diilhami oleh Raja Harun Al-Rashid dan dibina oleh Tukang Suffian. Raja Harun adalah putera Sultan Idris I dan setiausaha kepada saudara tirinya, Sultan Iskandar Shah. Mengambil berkat nama anaknya Raja Anor Shah, vila ini, dibina pada 1912.

21 Baitul Rahmah, Jalan Istana
Baitul Rahmah, built in 1906, was named after Raja Harun al-Rashid’s first wife, Che Rahmah binti Ngah Ahmad. Its unique design prominently features a pair of gable-fronted double-storey porches, connected by an external staircase. He also built a smaller version of this house, Baitul Aman in 1916 (destroyed in a fire in 2006), which was named after his son, Captain Raja Aman Shah, who died an anti-Japanese resistance hero in 1942.

21 Baitul Rahmah, Jalan Istana
Baitul Rahmah, dibina pada 1906, mengambil nama suri pertama Raja Harun, Che Rahmah binti Ngah Ahmad. Reka bentuknya yang unik menonjolkan sepasang anjung dua tingkat, bersambung dengan tangga luar. Raja Harun juga membina versi kecil rumah ini, Baitul Aman pada 1916 (musnah dalam kebakaran pada 2006) yang mengambil berkat nama puteranya, Kapten Raja Aman Shah, seorang wira bangsa melawan Pendudukan Jepun, yang syahid pada 1942.

22 Istana Selangor, Jalan Raja Muda
Raja Fatimah, the youngest daughter of Sultan Idris I, married Sultan Alauddin Suleiman Shah of Selangor in 1921 and became the Tengku Ampuan Paduka Sri Negara of Selangor. Also called ‘Istana Singgah’, this was her home in Kuala Kangsar before she passed away in 1983.

22 Istana Selangor, Jalan Raja Muda
Raja Fatimah, puteri bongsu Sultan Idris I, mengahwini Sultan Alauddin Suleiman Shah dari Selangor pada 1921, dan menjadi Tengku Ampuan Paduka Sri Negara Selangor. ‘Istana Singgah’ adalah kediamannya di Kuala Kangsar sebelum Tengku Ampuan meninggal pada 1983.

23 Madrasah Idrisiah, Jalan Istana
Madrasah Idrisiah, constructed between 1917 and 1922, is a secondary school for Islamic instruction founded by Sultan Idris I, who endowed three acres of land for a boys’ madrasah. The round office, a 300-feet wide double-storey timber school building, and the Madrasah Mariah are the oldest buildings on the site.

23 Madrasah Idrisiah, Jalan Istana
Madrasah Idrisiah, dibina dari 1917 hingga 1922, adalah sekolah menengah untuk pengajaran Islam yang diasaskan oleh Sultan Idris I, yang mewakafkan tanah seluas tiga ekar. Idarah (Rumah Bulat), sebuah bangunan sekolah dua tingkat yang diperbuat daripada kayu yang selebar 300 kaki dan Madrasah Mariah adalah bangunan-bangunan yang paling awal di tapak ini.

24 Al-Ghufran, Royal Mausoleum, Jalan Istana
Sultan Idris I was the first Sultan to be buried here in 1916. This mausoleum is the final resting place of eight Sultans of Perak, seven Queens of Perak, and numerous royals and nobles.

24 Makam Diraja Al-Ghufran, Jalan Istana
Sultan Idris I adalah sultan yang pertama dimakamkan di sini, pada 1916. Di sinilah tempat bersemayam lapan Sultan Perak, tujuh Permaisuri Perak, kerabat diraja serta bangsawan negeri.

25 Ubudiah Mosque, Jalan Istana
Sultan Idris I laid the foundation stone in 1913 and the mosque was completed in 1917. Designed by A.B. Hubback, the government architect to the Federated Malay States, the mosque was built at a cost of $224,000 by the Public Works Department. Masjid Ubudiah was declared a national heritage monument in 2012.

25 Masjid Ubudiah, Jalan Istana
Sultan Idris I meletakkan batu asas pada tahun 1913 dan masjid itu siap pada tahun 1917. Direka oleh A.B. Hubback, arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, masjid itu dibina dengan kos $224,000 oleh Jabatan Kerja Raya. Masjid Ubudiah telah diisytiharkan sebagai monumen warisan negara pada tahun 2012.

26 Istana Iskandariah, Jalan Istana
Istana Iskandariah was named after Sultan Iskandar Shah, the 30th Sultan of Perak (reigned 1918–1938). The majestic palace, built between 1930 and 1932, was designed by W.F. Hedges, chief government architect of the Federated Malay States, in the Indo-Saracenic style. The palace was extended in 1984 with a slightly larger three-storey building, constructed in a similar style.

25 Masjid Ubudiah, Jalan Istana
Sultan Idris I meletakkan batu asas pada tahun 1913 dan masjid itu siap pada tahun 1917. Direka oleh A.B. Hubback, arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, masjid itu dibina dengan kos $224,000 oleh Jabatan Kerja Raya. Masjid Ubudiah telah diisytiharkan sebagai monumen warisan negara pada tahun 2012.

27 Istana Kenangan (Muzium Diraja),
Jalan Istana

Istana Lembah was constructed from 1928 to 1931 by the builder, Tukang Suffian, from Bukit Mertajam, Penang, using 60 hardwood columns and traditional joinery. Sultan Iskandar Shah and his consort, Raja Perempuan Kelsom, stayed here while waiting for Istana Iskandariah to be completed. Renamed Istana Kenangan, it was converted to a Royal Museum in 1986, and was declared a national heritage monument in 2012.

27 Istana Kenangan (Muzium Diraja),
Jalan Istana

Dibina dari 1928 hingga 1931 oleh Tukang Suffian dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Istana Lembah menggunakan 60 tiang kayu keras dan pertukangan tradisional. Sultan Iskandar Shah dan Raja Perempuan Kelsom bersemayam di sini sementara menunggu Istana Iskandariah siap. ‘Istana Kenangan’ ditukar guna kepada Muzium Diraja sejak 1986, dan diisytiharkan sebagai monumen warisan negara pada 2012.