Cart 0

Alor Setar, Historic Capital of KedahCultural Heritage Map

1 Istana Kuning, Jalan Istana Kuning
The Istana Kuning (meaning, ‘yellow palace’) in Kampung Bahru was completed in time to house the VIP guests for the extravagant royal quintuple wedding of Sultan Abdul Hamid’s children in 1904. This was reputedly the Sultan’s favourite palace before the Second World War.

1 Istana Kuning, Jalan Istana Kuning
Istana Kuning di Kampung Bahru siap untuk menampung tetamu terhormat untuk perkahwinan lima putera-puteri Sultan Abdul Hamid pada 1904. Ia ditanggap istana kegemaran Sultan Abdul Hamid sebelum Perang Dunia Kedua.

2 Istana Sepachendera, Jalan Kampung Bahru
This ruined palace was originally built in 1881 for Che Sepachendera, the consort of Sultan Abdul Hamid (reigned 1881–1943). The building was later acquired by the government for the English-medium Kampung Bahru Girls’ School in 1922. After the Japanese Occupation, it housed the all-girls Sultanah Asma School, then the all-boys Tunku Abdul Halim Primary School. In 1983, the palace was converted into the Kedah Education Department.

2 Istana Sepachendera, Jalan Kampung Bahru
Runtuhan istana ini asalnya dibina pada 1881 untuk Che Sepachendera, permaisuri Sultan Abdul Hamid (memerintah 1881–1943). Istana ini diperoleh oleh kerajaan dan dijadikan Sekolah Perempuan Kampung Bahru aliran Inggeris pada 1922. Selepas Pendudukan Jepun, ia dinamakan Sekolah Sultanah Asma, kemudian menjadi Sekolah Rendah Tunku­­­­ Abdul Halim (lelaki). Jabatan Pelajaran Kedah menduduki istana ini pada 1983.

3 Nattukkottai Chettiar Thendayuthapani Temple, Jalan Putra
This Hindu temple, built from 1913 to 1916, is dedicated to Lord Murugan.It is the focus of the annual Masi Magham festival, celebrated with a chariot and kavadi procession. In 1974, a temple board was formed with seven kittangi (warehouse) owners as trustees.

3 Kuil Nattukkottai Chettiar Thendayuthapani, Jalan Putra
Kuil Hindu Dewa Murugan, dibina dari 1913 hingga 1916, menjadi tumpuan perayaan tahunan Masi Magham, yang disambut dengan perarakan pedati dan kavadi keliling bandar. Pada 1974, sebuah lembaga kuil dibentuk dengan tujuh orang pemilik kittangi (gudang) sebagai pemegang amanah.

4 Sultan Abdul Halim Gallery,
Medan Bandar

The Kedah High Court building was constructed in 1922 in the Neoclassical style for $165,000. The design by Assistant Government Architect F.W. Wade was carried out by the contractor H.W.T. Fogden. In 2007, the building was repurposed as the Sultan Abdul Halim Gallery.

4 Galeri Sultan Abdul Halim,
Medan Bandar

Bangunan gaya Neoclassical ini adalah Mahkamah Tinggi Kedah yang dibina dengan harga $165,000 pada 1922, direka bentuk oleh Penolong Arkitek Kerajaan F.W. Wade dan kontraktornya H.W.T. Fogden. Pada 2007, bangunan ini ditukarguna menjadi Galeri Sultan Abdul Halim.

5 Alor Setar Clocktower, Jalan Kampung Perak
The government architect F.W. Wade designed a nobat tower so that the old Balai Nobat could be relocated, but this did not happen. Instead, the new clocktower, completed in 1925 to sound its chime on the hour, was used to help the muezzin calibrate prayer times.

5 Menara Jam Alor Setar, Jalan Kampung Perak
Arkitek kerajaan, F.W. Wade, membina sebuah menara jam untuk menggantikan Balai Nobat Lama, tetapi ini tidak terjadi. Sebaliknya, menara jam baharu dengan locengnya yang berbunyi setiap jam, yang siap pada 1925, digunakan untuk mengingatkan muazin tentang waktu azan.

6 Balai Nobat, Medan Bandar
The tower was built in 1904 to house the instruments of the royal nobat orchestra, replacing the original wooden nobat tower built in 1860 on another site. The Kedah nobat is the oldest among four such state ensembles in Malaysia; the sacred music is performed during official ceremonies such as royal installations, weddings and funerals.

6 Balai Nobat, Medan Bandar
Menara ini dibina pada 1904 untuk menempatkan perangkat orkestra nobat diraja, menggantikan balai nobat asal yang dibina daripada kayu pada 1860 di tapak lain. Muzik nobat Kedah adalah yang tertua antara empat ensembel adat negeri; muzik keramat ini dimainkan semasa upacara rasmi seperti penabalan diraja, perkahwinan dan pemakaman.

7 Replica Archway of Istana Kota Tengah, Medan Bandar
The original gateway to the palace of Sultan Abdul Hamid was demolished to make way for the construction of Wisma Negeri (completed in 1973). The replica gateway was erected in 2008.

7 Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Medan Bandar
Pintu gerbang asal istana Sultan Abdul Hamid dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Wisma Negeri (siap 1973).
Replika pintu gerbang ini dibuat pada 2008.

8 Rumah Merdeka, Jalan Putra
The ‘Independence House’ is a house museum commemorating the life of Tunku Abdul Rahman Putra, a Kedah prince who became Malaysia’s ‘Father of Independence’ and the first Prime Minister of Malaysia (1957–1970). The site of the house originally belonged to his mother, Che Menjelara, after whom a nearby bridge was named.

8 Rumah Merdeka, Jalan Putra
Muzium Rumah Merdeka memperingati riwayat hidup Tunku Abdul Rahman Putra, yang menjadi ‘Bapa Kemerdekaan’ Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957–1970). Tapak rumah itu asalnya adalah milik ibunya, Che Menjelara. Jambatan yang berhampiran mengambil tuah namanya.

9 Kedah State Islamic Council, Jalan Raja
The Art Deco-style Government Office Buildings were designed by C.G. Boutcher and constructed by the contractor M.D. Bascran between 1937 and 1941. Known as the Wan Mat Saman Building, after Kedah’s famous 19th century Prime Minister (Perdana Menteri), it now houses the State Islamic Religious Department.

9 Majlis Agama Islam Negeri Kedah,
Jalan Raja

Bangunan Pejabat Kerajaan direka bentuk oleh C.G. Boutcher dan dibina oleh kontraktor M.D. Bascran dari 1937 hingga 1941. Dikenali sebagai Bangunan Wan Mat Saman, sempena Perdana Menteri Kedah abad ke-19 yang tersohor, ia kini menempatkan Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Agama Islam Negeri.

10 Kedah State Art Gallery, Medan Bandar
The Public Offices, which included the Treasury, Land and Survey, Courts of Law, and the Auditor-General’s Office, were constructed by Ahmad bin Lebai Tambi in 1896. It was built at right angles to Jalan Raja, creating a public square called ‘Padang Court’. In 1983, it was converted into the State Art Gallery.

10 Balai Seni Lukis Negeri Kedah, Medan Bandar
Kompleks Pejabat Awam yang merangkumi perbendaharaan, tanah dan ukur, mahkamah dan pejabat ketua audit negara direka bentuk oleh arkitek Ahmad bin Lebai Tambi pada 1896. Bangunan itu duduk hampir berserenjang dengan Jalan Raja, mewujudkan dataran awam yang dipanggil ‘Padang Court’. Pada 1983, ia ditukarguna menjadi Balai Seni Lukis Negeri.

11 Former Syariah Court, Jalan Kampung Perak
This building formerly served as the court for legal cases under the jurisdiction of Islamic family law. It is part of the Masjid Zahir complex.

11 Bekas Mahkamah Syariah, Jalan Kampung Perak
Bangunan ini dahulu berfungsi sebagai mahkamah untuk kes di bawah bidang kuasa undang-undang keluarga Islam. Ia adalah sebahagian daripada kompleks Masjid Zahir.

12 Zahir Mosque, Jalan Kampung Perak
Masjid Zahir, also known as Masjid Zahrah, is the state mosque of Kedah. It was erected along a bend of the Sungai Anak Bukit, on the burial site of hundreds of men who died defending Kedah in the Siamese invasion of 1821. The Kedah Sultan was inspired by the famous Azizi Mosque in Langkat and asked for a similar design. The supervising architect was C.G. Boutcher and the engineer was G. Gorman. The mosque construction started in 1912 and took three years to complete. In 1960, the mosque was extended at a cost of $144,000.

12 Masjid Zahir, Jalan Kampung Perak
Masjid Zahir, juga dikenali sebagai Masjid Zahrah, ialah masjid negeri Kedah. Ia didirikan di selekoh Sungai Anak Bukit, di tanah perkuburan ratusan syuhada, yang terkorban mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada 1821. Sultan Kedah teruja dengan Masjid Azizi yang ternama di Langkat, Sumatra Timur, dan menitahkan reka bentuk yang serupa. C.G. Boutcher, arkitek penyelia, dan G. Gorman, juruteranya. Pembinaan masjid bermula pada 1912 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Pada 1960, masjid ini diperbesarkan dengan biaya $144,000.

13 Balai Besar, Medan Bandar
The Balai Besar was originally built in timber in the 18th century. In 1898, it was rebuilt by Ahmad bin Lebai Tambi in the same form, but incorporating European features such as cast iron columns and displaying a Palladian double staircase. In 1958, the Balai Besar was expanded for the installation of Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (reigned 1978–2017).

13 Balai Besar, Medan Bandar
Balai Besar asal dibina daripada kayu pada abad ke-18. Pada 1898, ia dibina semula oleh Ahmad bin Lebai Tambi dengan rupa yang sama tetapi menyematkan ciri-ciri Eropah seperti tiang besi tuang serta menampilkan tangga berkembar gaya Palladian. Pada 1958, Balai Besar diperluaskan untuk pertabalan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (memerintah 1978–2017).

14 Kedah Royal Museum, Medan Bandar
The Istana Kota Setar was originally built by Sultan Muhammad Jiwa in 1735. The wooden palace was burnt down by the Bugis during the Kedah civil war of 1771, rebuilt, then wrecked again during the Siamese invasion of Kedah in 1821. After Sultan Ahmad Tajuddin rebuilt the palace in brick in 1856, it was called Istana Mak Wan Besar after the Sultan’s consort, Wan Hajar. For the royal wedding of Sultan Abdul Hamid’s children, a new wing was added to the ‘Istana Pelamin’. In 1983, it was converted into the Royal Museum of Kedah.

14 Muzium Diraja Kedah, Medan Bandar
Istana Kota Setar asalnya didirikan oleh Sultan Muhammad Jiwa pada 1735. Istana kayu itu dibakar hangus oleh petualang Bugis semasa perang saudara Kedah pada 1771, dan dibina semula, kemudian rosak teruk ketika Siam melanggar Alor Setar pada 1821. Istana ini dibina semula dengan batu bata oleh Sultan Ahmad Tajuddin pada 1856, dan dipanggil Istana Mak Wan Besar sempena permaisurinya Wan Hajar. Untuk perkahwinan diraja putera-puteri Sultan Abdul Hamid pada 1904, sayap baru ditokok kepada ‘Istana Pelamin’ itu. Pada 1983, istana ini dijadikan Muzium Diraja Kedah.

15 Thean Teik Printers, Jalan Pekan Melayu
The Chung Hwa Philomatic Union, a society formed in 1911 to support Dr Sun Yat Sen, was based here from 1918. The society’s founders also established the Chung Hwa School, the predecessor of the Keat Hwa Chinese School. The printing house founded by Ch’ng Thean Teik began operating here in 1948, and still preserves its antique presses which are more than a century old.

15 Thean Teik Printers, Jalan Pekan Melayu
Kesatuan Filomatik Chung Hwa, yang ditubuhkan pada 1911 untuk menyokong Dr Sun Yat Sen, berpusat di sini dari 1918. Pengasas-pengasasnya juga menubuhkan Sekolah Chung Hwa, pendahulu Sekolah Cina Keat Hwa. Semenjak 1948, percetakan yang diusahakan oleh Ch’ng Thean Teik mula beroperasi di sini dan masih menyimpan mesin-mesin pencetak antiknya yang lebih seabad usianya.

16 Thai Pak Koong Temple, Jalan Pekan Cina
The Sea Pearl (Hai Choo) God of Prosperity (Thai Pak Koong) Temple in Alor Setar is a small temple in Pekan Cina, with a riverside view of Sungai Anak Bukit. It is believed to date to 1862 and was renovated in 1968.

16 Tokong Thai Pak Koong, Jalan Pekan Cina
Tokong ‘Mutiara Laut’ (Hai Choo) Thai Pak Koong adalah sebuah tokong kecil di Pekan Cina, dengan panorama Sungai Anak Bukit. Ia dipercayai diasaskan pada 1862 dan diubah suai pada 1968.

17 Nagore Mosque, Jalan Penjara Lama
The original Masjid Nagore, built from 1881 to 1884, was replaced during the Japanese Occupation for a sum of $10,000, partly raised by the Indian Muslim community and partly donated by the Kedah government. The new mosque took seven months to build and was completed in January 1943.

17 Masjid Nagore, Jalan Penjara Lama
Masjid asal, yang dibina dari 1881 hingga 1884, telah diganti semasa Pendudukan Jepun dengan biaya $10,000, sumbangsih daripada masyarakat India Muslim dan kerajaan Kedah. Masjid baru ini mengambil masa tujuh bulan untuk dibina dan siap pada Januari 1943.

18 Tun Dr Mahathir’s birthplace and museum, Lorong Kilang Ais
Tun Dr Mahathir Mohamad has been the longest serving Prime Minister of Malaysia. His father, Mohamad bin Iskandar, was the first headmaster of the Government English School in Alor Setar. The house where Mahathir was born in 1925 and the ice factory next door have been preserved as part of this museum complex.

18 Tempat kelahiran dan muzium Tun Dr Mahathir, Lorong Kilang Ais
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar, merupakan guru besar pertama Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar. Rumah tempat Mahathir dilahirkan pada 1925 dan kilang ais di sampingnya dilestarikan sebagai sebahagian kompleks muzium ini.

19 Kedah State Tourism Complex, Jalan Raja
The Lower Courts were built in 1931 on the former site of an Islamic school, which also served as an Islamic syariah court. The school was founded by Tuan Guru Haji Salleh from Penaga, Penang, who became a religious adviser to Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (reigned 1854–1879). The court buildings have been converted into the Kedah State Tourism Complex. There is a Japanese memorial and a Muslim cemetery in this compound, by the river bank.

19 Kompleks Pelancongan Negeri Kedah, Jalan Raja
Mahkamah Rendah dibina pada 1931 di atas bekas tapak madrasah yang juga Mahkamah Syariah. Sekolah agama itu dibuka oleh Tuan Guru Haji Salleh, yang berasal dari Penaga, Pulau Pinang, dan menjadi penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (memerintah 1854–1879). Bangunan mahkamah kemudian dijadikan Kompleks Pelancongan Negeri Kedah. Tugu Jepun dan perkuburan Islam tua dapat ditemui dalam perkarangan kompleks ini, dekat tebing sungai.

20 Alor Setar Police Station, Jalan Raja
The Central Police Station was designed by C.G Boutcher, and completed in 1914. It was a double storey brick building. ‘Downstairs are the charge room, inspector’s office, store rooms, and quarters for the guard; upstairs are offices for the Commissioner, and Assistant Commissioner, of Police’. The cells were found in the single-storey back section.

20 Balai Polis Alor Setar, Jalan Raja
Balai polis sentral ini, yang direka bentuk oleh C.G. Boutcher, siap pada 1914. Bangunan batu dua tingkat ini mempunyai bilik pertuduhan, ofis inspektor, bilik stor dan kuarters untuk pengawal, sementara di lantai atas, ofis Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis. Di belakang balai ini ada bangunan penjara satu tingkat.

21 Post Office, Jalan Raja
The General Post Office of Alor Setar was completed in 1925. The corner building was constructed in Beaux Arts Classical style by the French engineering firm Brossard and Mopin. The Education Department occupied the upper floor until 1939.

21 Pejabat Pos, Jalan Raja
Pejabat Pos Besar Alor Setar siap dibina pada 1925 dengan ragam Beaux Arts Classical oleh jurutera Perancis Brossard dan Mopin. Jabatan Pendidikan menduduki tingkat atas sehingga 1939.

22 Old Bus Station, Jalan Langgar
The ‘Transport Building’ designed in Streamline Moderne style was constructed in 1957 by the Alor Setar Transport and Trading Company. The three-storey building also housed the Station Hotel, cafe and restaurant.

22 Stesen Bas Lama, Jalan Langgar
‘Bangunan Pengangkutan’ ragam ‘Streamline Moderne’ didirikan pada 1957 oleh Alor Setar Transport and Trading Company. Stesen bas tiga tingkat ini juga mempunyai Station Hotel, kafe dan restoren.

23 Old Alor Setar Railway Station, Jalan Stesen
The Alor Setar station opened in 1915, after the completion of the F.M.S. railway line from Bukit Mertajam. The station was ‘180 feet long, with a booking office, waiting and refreshment rooms and a clock tower 40 feet high in the centre.’ This old railway station was abandoned when a new station was built to serve the upgraded double tracking line in 2014.

23 Stesen Kereta Api Lama, Alor Setar, Jalan Stesen
Stesen kereta api Alor Setar ini dibuka pada 1915, selepas dijajarkan landasan kereta api F.M.S. dari Bukit Mertajam. Stesen sepanjang 180 kaki ini dilengkapi dengan pejabat tempahan, bilik menunggu dan makanan ringan, dan menara jam setinggi 40 kaki di tengah-tengah.’ Stesen kereta api lama ini ditinggalkan pada 2014 apabila stesen baru dibina.

24 Sultan Abdul Hamid College, Jalan Langgar
The Government English School, the first modern school in Alor Setar, was founded in 1908. The school building was designed by C.G. Boutcher. The first and third headmasters, Mohamad Iskandar and M. Ismail Merican, were teachers recruited from Penang Free School. The school moved in 1917 to the present location at Jalan Langgar. In 1935, the name of the boys’ school was changed to Sultan Abdul Hamid College. The students are called ‘Collegians’, while the school motto is ‘Scholar, Sportsman, Gentleman’.

24 Kolej Sultan Abdul Hamid, Jalan Langgar
Sekolah Inggeris Kerajaan, sekolah moden pertama di Alor Setar, diasaskan pada 1908. Guru besar pertama dan ketiga, Mohamed Iskandar dan M. Ismail Merican, adalah guru-guru yang direkrut dari Penang Free School. Sekolah ini berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Langgar pada 1917. Bangunannya direka bentuk oleh C.G. Boutcher. Pada 1935, nama sekolah lelaki ini ditukar kepada Kolej Sultan Abdul Hamid. Para pelajar digelar Collegians, manakala moto sekolah ialah Scholar, Sportsman, Gentleman.

25 Church of St Michael, Jalan Langgar
The Catholic church of Kuala Kedah, founded in 1781 by Siamese Catholic refugees, perished during the Siamese invasion of 1821. Father Duvelle, who established the Church of St Michael in Kuala Kedah in 1918, also erected a small chapel for the Chinese Catholics in Alor Setar. The present St Michael’s Church was built in 1954 by Father Regis Mourgue, a refugee missionary from China.

25 Gereja St Michael, Jalan Langgar
Gereja di Kuala Kedah yang didirikan pada 1781 oleh pengungsi Katolik dari Siam musnah semasa serangan Siam pada 1821. Father Duvelle, yang mengasaskan Gereja St Michael di Kuala Kedah pada 1918, juga mendirikan sebuah gereja kecil untuk penganut Cina Katolik di Alor Setar. Gereja St Michael ini dibina pada 1954 oleh Father Regis Mourgue, seorang mubaligh pelarian dari China.

26 Alor Setar Tower, Jalan Istana Kuning
Also known as Kedah Tower, this 165.5-metres (543 feet) tall telecommunication tower, built in 1997, is the tallest structure in Kedah.

26 Menara Alor Setar, Jalan Istana Kuning
Juga dikenali sebagai Menara Kedah, menara telekomunikasi ini, yang dibina pada 1997, berketinggian 165.5 meter (543 kaki) dan merupakan bangunan tertinggi di Kedah.

27 Wat Nikrodharam, Jalan Stadium
Also called Wat Teluk Wanjah, the wat has an imposing three-layered roof and a decorated hall. It was built in 1968 on land provided by the Kedah state government in 1957. The Buddhist complex includes a stupa-like gateway and a large columbarium. The Kedah Buddhist Association provides a free medical clinic.

27 Wat Nikrodharam, Jalan Stadium
Juga dipanggil Wat Siam Teluk Wanjah, ia mempunyai bumbung tiga lapis dan dewan yang berhias. Ia dibina pada 1968 di atas tapak pemberian Kerajaan Negeri pada 1957. Kompleks Buddhis ini merangkumi pintu gerbang bercorak stupa dan kolambarium yang besar. Persatuan Buddhist Kedah menawarkan khidmat klinik perubatan percuma di kompleks ini.

28 Wat Siam Bakar Bata, Lorong Wat Siam
The Wat Samoson Rachanupradit, dates from 1910, and has five stupas in front of the main hall. Che Menjelara, the consort of Sultan Abdul Halim, was a patron of the temple. Although this site by the bank of Sungai Anak Bukit is vulnerable to flooding, the temple has been preserved by its loyal devotees.

28 Wat Siam Bakar Bata, Lorong Wat Siam
Wat Samoson Rachanupradit, dibina pada 1910, mempunyai lima stupa di hadapan dewan utamanya. Che Puan Menjelara, permaisuri Sultan Abdul Hamid, adalah penaung wat ini. Walaupun tapak di tepi tebing Sungai Anak Bukit diancam banjir, wat ini tetap dikekalkan kerana kesetiaan penganutnya.

29 Kedah State Museum, Lebuhraya Darul Aman
The Kedah History Museum was started in the ground floor of the Balai Besar in 1957. It moved with its collection of artefacts to Bakar Bata in 1961, and became the Kedah State Museum. In 1997, a modern museum complex was built next to it, with an exhibition hall, library and mini theatre.

29 Muzium Negeri Kedah, Lebuhraya Darul Aman
Muzium Sejarah Kedah diprakarsai di tingkat bawah Balai Besar pada 1957. Ia berpindah dengan koleksi artifaknya ke Bakar Bata pada 1961 dan menjadi Muzium Negeri Kedah. Pada 1997, sebuah bangunan moden yang besar, lengkap dengan dewan pameran, perpustakaan dan teater mini didirikan bersebelahannya.

30 Sri Maha Mariamman
Devasthanam Temple, Jalan Stadium

Around 1891, during a cholera epidemic, a Hindu settlement of 200 houses was burnt down by the authorities to prevent the spread of disease. However, the banyan tree and the temple’s Sri Maha Mariamman idol remained unscathed. The temple was rebuilt on this site and is known as the ‘Banyan Tree Temple’.

30 Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Jalan Stadium
Seputar 1891, semasa wabak taun, penempatan Hindu terdiri daripada 200 buah rumah dibakar oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan penularan kolera. Bagaimanapun, sepohon pokok beringin dan patung Sri Maha Mariamman kuil tidak terjejas. Kuil itu dibina semula di tapak ini dan dikenali sebagai ‘Kuil Pokok Beringin’.