Yusoff Rono – Wira Bukit Kepong

,

Muhammad Zaidee Daut
2008. IKSEP.
Softcover, 21.2 cm x 13.9 xm
Illustrated
ISBN: 9789832600251

RM25.00

Peristiwa Bukit Kepong di Muar, Johor merupakan satu peristiwa menyayat hati yang berlaku ketika negara dilanda Darurat. Dalam serangan pada awal subuh, 23 Februari 1950 itu, segerombolan komunis telah menyerang balai dan berek polis Bukit Kepong yang mengakibatkan seramai 25 orang telah terbunuh dan lima orang tercedera termasuk orang awam. Antara anggota polis yang terselamat dalam serangan pengganas komunis itu ialah MM/L Abu Bakar Daud, MM/T Ahmad Khalid, MM Othman Yusoff dan MM Yusoff Rono.

Yusoff Rono merupakan satu-satunya anggota polis yang menjadikan Negeri Melaka sebagai tempat terakhir hidupnya. Oleh itu, pengabdian penulisan tentang beliau adalah sebagai satu tanda terima kasih generasi hari ini kepada penglibatannya dalam mempertahankan maruah dan menegakkan kedaulatan negara daripada dikuasai oleh kuasa asing seperti PKM.

Weight 400 g
Dimensions 21.2 × 13.9 × 0.8 cm