tun perak

Tun Perak

RM6

Prof Emeritus Dato Dr Mohd Yusoff Hashim
2008 (Cetakan kedua). Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 21.5cm x 15.2cm, 35 pages
ISBN 9839915509

Out of stock

Categories: , .

Product Description

Buku Tun Perak (Dalam Sejarah & Dinamisme Ketamadunan Bangsa) memaparkan tentang kehidupan Tun Perak setengah abad yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan yang berjaya membina Empayar Melaka. Dalam era Tun Perak, merupakan zaman keemasan di mana telah berlaku penguasaan seluruh Semenanjung Malaysia, pantai timur Sumatera hingga ke selatan Riau-Lingga-Tungkal, pengawalan seluruh jaian dan laluan perairan dan perdagangan Selat Melaka. lni menjadikan Empayar Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani dunia sehingga menjadi rebutan negara-negara Eropah. jawatan Bendahara yang disandang Tun Perak bukan sahaja berperanan sebagai penasihat kepada Raja, malah juga sebagai Ketua Eksekutif dalam kerajaan Kesultanan Melaka selepas Sultan dan sebagai seorang panglima dan diplomat yang berwibawa.

Syahadan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana, pada zaman itu, tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana... Demikianlah yang dirawikan oleh buku Sejarah Melayu peri kehebatan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Pada masanyalah Melaka mencapai puncak gemilang dan meniti zaman keemasan. Melaka iuga dikenal sebagai emporium perdagangan yang tiada tolak bandingnya di kaca mata orang asing dari sebelah Timur dan Barat. Di situlah juga nilai-nilai intelektual dan agama Islam memancarkan sinar dan nurnya, sehingga menerangi buana mental dan membuka dengan luasnya hijab dan persada pemikiran manusiawi yang sebelum itu dibungkam oleh kegelapan dan kesamaran.

Melaka abad ke-15 dan 16 mengukir dan memahat sejarah tanahair dan seramau. Masa kini adalah kesinambungan zaman silam Melaka. Tun Peraklah yang meniadi arkitek pengukir dan pemahat sejarah serta ketamadunan ini. Walaupun jasad dan jasmaniah Tun Perak telah tiada, telapi semangat, misi, daya juang, ketrampilan, intelek dan ketarbiyyahan Tun Perak tetap segar dan harus dihayati, meniadi warisan bangsa dan kesinambungan madani.

Semoga penerbitan semula buku Tun Perak Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak sekaligus menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh Iapisan masyarakat di negara kita. Semakin banyak membaca semakin banyak ilmu dapat dikongsi bersama. Akhirnya, terima kasih kepada penulis serta semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan penerbitan ini.

Additional Information

Weight 150 g
Dimensions 21.5 x 15.2 x .2 cm