Tasawuf dan Tarekat: Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia

,

Mohd Faizal Harun
2015. UUM.
Softcover, 23 cm x 15.5 cm, 452 Pages
Illustrated
ISBN: 9789670876078

RM64.00

Buku ini cuba mengupas persoalan kedudukan dan perkembangan tasawuf dan tarekat di Tanah Melayu/Malaysia. Semetelahan pulaa, tasawuf dan arekat kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu yang terasing dalam Islam oleh sesetengah pihak. Persoalan tasawuf dan tarekat dibincangkan secara menyeluruh berkaitan peristilahan tasawuf dan tarekat serta sejarahnya yang bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW, kemudian pada zaman sahabat sehinggalah ke zaman tabiin dan seterusnya. Aspek ketadangan Islam di Alam Melayu dari sudut peranan golongan sifu dan tarekat turut diberi perhatian.

Dalam kajian ini, penulis turut menyentuh secara spesifik tentang kepelbagaian organisasi tarekat yang ada di Malaysia bagi menilai sejauh mana kedudukannya di persada masyarakat serta sumbangan kelompok sufi terhadap pembangunan negara. Secara umumnya penulisan buku ini lebih kepada sejarah dan tradisi kesufian yang terdapat di Malaysia yang penulis anggap sebagai kurang disoroti oleh pengkaji secara amnya.

Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tambahan tentang keberadaan tasawuf dan tarekat di Malaysia, khususnya dari sudut perkembangan dan alirannya.

Weight 950 g
Dimensions 23 × 15.5 × 2.7 cm