Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan

, ,

Nuraidil Zakaria
2019. Geroda Merah Press (reprint)
Softcover, 21cm x 15cm, 422 pages, illustrated
ISBN: 9789671377765

RM50.00

Asal nama Kelantan adalah gabungan dua perkataan iaitu Kolam/Kolom/Kala dan Thana, perkataan pertama adalah telor kepada sebutan Koli nama bandar kelahiran Maya, bonda kepada Buddha yang terletak di India. Penduduk awal Kelantan telah mengambil nama bandar tersebut sebagai nama penempatan mereka dan digabungkan dengan perkataan Thana yang bermaksud had atau sempadan lalu wujud perkataan Kolam Thana lama kelamaan sebutannya berubah menjadi Kelamtan atau Kelantan, ada masa ia disebut sebagai Tanah Kala yang membawa maksud satu kawasan tanah yang luas.

Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan pula merupakan naratif yang tidak rigid memuatkan unsur sejarah mengisahkan kerajaan Kelantan tua, ia cuba merungkaikan perkaitan Kelantan Tua dengan beberapa kerajaan lama seperti Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit, Champa, Melaka dan Siam. Pengisahannya bermula semenjak awal kurun masihi hingga kepada kemunculan Long Yunus yang mengasaskan Kesultanan Kelantan Moden, naskhah ini terbahagi kepada enam bab mengikut hubungan Kelantan Tua dengan kerajaan-kerajaan lama yang dinyatakan, selain itu ia turut menyentuh tentang kerajaan lama lain yang terdapat di China, Vietnam, Kemboja dan Myanmar malah ia turut menyentuh kerajaan-kerajaan Eropah awal yang mengungsi ke Alam Melayu seperti Portugal, Perancis, Belanda dan Inggeris.

Maklumat dalam naskhah ini belum tentu yang solid, namun bukan suatu yang enteng untuk anda pertikaikan, penilaian anda sangat dihormati namun anda bukan hakim untuk menentukan arah tuju naskhah ini.

Weight 550 g
Dimensions 21 × 15 × 3 cm

You may also like…