Tanah Baru Naga Selatan

Mohd. Herman Roslan
2018. Geroda Merah Press (2nd edition)
Softcover, 21cm x 14.7cm, 289 pages, Illustrated
ISBN 9789671377703

RM40.00

Tanah Baru ialah sebuah analogi kepada keinginan dan tanggapan kaum Cina yang merasakan bahawa Tanah Melayu ini adalah wilayah ke-19 Negara China. Naga Selatan pula bermaksud imigran Cina dari kawasan Selatan Tanah Besar China yang telah mengembara dan melalui pelbagai proses sepanjang zaman sebelum mereka menjadi warga tempatan di setiap negara yang mereka diami serta masalah-masalah yang mereka hadapi dikawasan yang mereka duduki. Buku ini juga menyentuh kekurangan dan kelebihan orang Melayu yang secara tidak lansung mempunyai hubungan dengan kaum Cina yang pada akhirnya membentuk sikap, pemikiran dan tindakan generasi Melayu hari ini.

Gambaran awal kepada konsep keseluruhan karya ini adalah mengupas tentang sejarah masyarakat Cina Seberang Laut (CSL) terutama yang berkaitan dengan mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu ketika kekacauan politik dan perang sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20. Namun di awal tulisan ada diceritakan juga secara ringkas tentang sejarah asal-usul orang Cina atau orang Han dan sejarah dinasti serta peranan orang Cina pada masa dahulu dalam hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan di Nusantara terutama dengan Srivijaya dan Kesultanan Melaka.

Weight 350 g
Dimensions 21 × 14.7 × 2 cm

You may also like…