Surah-surah Terlarang Persoalan Nasional

, ,

Hishamuddin Rais
2019. Soeloeh Merdeka
Softcover, 21.5 cm x 14 cm, 190 pages
ISBN: 9789671681008

RM25.00

Karya ini memang ‘provokatif’ dari segi politik dan juga pemikiran kerana ia cuba menjolok minda kita supaya berfikir lebih mendalam mengenai suatu persoalan kunci tanah air yang dari segi politik clan sosial belum berjaya diselesaikan secara tuntas walaupun negara  kita sualah lebih enam dasawarsa merdeka.  Karya ini juga mengundang ‘polemik’ bukan semata-mata kerana temanya, tetapi juga gaya tulisan  dan ajuan persoalannya yang bersifat berbahas, mencabar, disulami sana sini dengan nada yang  bersifat terjah dan panas. Buku ini ‘menarik’ kerana ia bukan sahaja melontarkan persoalan ilmu yang bersifat teori dan epistemology tetapi juga bersifat historis dan empiris. Perkara teori yang membimbing pemikiran mengenai persoalan nasional harus dijelmakan untuk membimbing praktis yang menyentuh agenda perjuangan anti-kolonial untuk kemerdekaan, agenda perjuangan bangsa serta  pembangunan negara baharu yang merdeka,  berdaulat dan bersatu.  – Abdul Rahman Embong Profesor Emeritus Sosiologi Pembangunan

HISHAMUDDIN RAIS (b. 1951 – ) merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998. Sewaktu menjadi pelarian politik, beliau telah mendapat suaka politik dari kerajaan Belgium. Dalam tempoh tersebut, beliau telah melanjutkan pengajian di Université catholique de Louvain dalam jurusan Bahasa Perancis dan University of Westminster dalam jurusan seni fotografi, video dan filem. Sepanjangan penglibatan beliau dalam aktivisme politik, sosial dan budaya, beliau telah menghasilkan sebuah filem Dari Jemapoh ke Manchester (1998) dan lima buah buku.

Weight 350 g
Dimensions 21.5 × 14 × 1 cm

You may also like…