Sunnah dan Bidaah

, ,

Dr. Jawiah Dakir & Wan Awang Wan Ali
2015. DBP
Softcover, 21.5 cm x 13.8 cm, 259 pages
ISBN: 9789834602529

RM25.00

Adakah amalan kita seperti sembahyang, zikir, dan puasa bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW atau termasuk dalam perbuatan bidaah tanpa kita sedari? Adakah adat yang kita pertahankan dan diwarisi daripada datuk-nenek kita seperti adat istiadat perkahwinan dan pertunangan selaras dengan kehendak Islam?

Buku ini bukan sahaja menjawab persoalan ini dengan terperinci, malah mengemukakan pendapat ulama dan disokong oleh nas al-Qur’an dan hadith. Antara amalan bidaah yang dikupas dalam buku ini ialah adat istiadat perkahwinan, kematian, perbomohan, penggunaan tangkal dan azimat, tawassul dengan roh dan orang yang telah mati, dan sambutan hari perayaan. Justeru, buku ini perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat sebagai pedoman bagi mengenal pasti amalan yang dilakukan adalah Sunnah atau bidaah.

Penulis buku ini, Prof. Datin Paduka Dr. Jawiah Dakir ialah Timbalan Pengarah Institut Islam Hadari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan pensyarah di Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis bersama buku ini ialah Wan Awang Wan Ali, mantan pensyarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Weight 450 g
Dimensions 21.5 × 13.8 × 1.5 cm

You may also like…