Sumpah Setia Gunung Cheroh

,

Ibrahim Said
2016. DBP
Softcover,21.6 cm x 14 cm, 220 pages
ISBN: 9789834903916

RM25.00

Sumpah Setia Gunung Cheroh adalah sebuah kisah benar yang ditulis dalam bentuk syair. Kisah dan peristiwa itu dikarang khusus dalam bentuk puisi lama mencantumkan sejarah, legenda dan mitos yang berlaku di Lembah Kinta pada suatu masa dahulu sekitar tahun 1830-an. Baiah tersebut merupakan sebuah Kontrak Sosial antara orang asli dengan orang Melayu di Lembah Kinta. Syair yang tergubah sebenarnya menceritakan kisah penerokaan dan pembukaan bandar Ipoh oleh seorang dari Sumatra yang bergelar Kulop Kinta. Peneroka ulung ini dikatakan seorang “kapten” dan pedagang yang berasal dari Sumatera yang kemudian melabuhkan kapalnya di Gunung Cheroh beberapa dekad yang lalu.

Ilham menulis syair dan kisah ini timbul secara kebetulan laden sangat menarik untuk diceritakan agar menjadi suatu  kenangan atau nostalgia pada kemudian hari. Pada mulanya, penyair telah membaca beberapa buah buku di perpustakaan dan terbaca juga beberapa risalah berkaitan dengan Bandar Raya Ipoh. Penyair mendapat maklumat yang mengatakan bahawa bandar Ipoh pada suatu ketika dulu dibuka dan diteroka oleh insan yang bernama Kulop Kinta.

Weight 300 g
Dimensions 21.6 × 14 × 1.1 cm

You may also like…