Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

, , , ,

Keris Mas
DBP. 2018. (Cetakan ke-14)
Softcover, 21.5cm x 14.1cm, 371 pages
ISBN 9789836203663

RM13.00

Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Sasterawan Negara (SN), Keris Mas digerakkan daripada acuan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Novel yang diterbitkan pada tahun 1982 itu, menyorot secara kritis dasar yang berlangsung pada 1971 hingga 1990, sekali gus dipilih sebagai novel wajib baca untuk Jejak Novel Merdeka.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang berlatarkan dunia korporat asalnya ditulis secara bersiri dalam akhbar dari Mac hingga November 1981 tetapi kemudian diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982 dalam bentuk novel.

Pengarang memadatkan novel Keris Mas yang penting ini untuk bacaan pembaca peringkat remaja supaya meminati seni kreatif yang terbaik. Kisahnya berlatarkan dunia korporat di mana watak-wataknya bertentangan antara pendukung idealisma dan nilai moral yang suci dengan mendukung unsur-unsur alam dunia niaga yang canggih, mencabar dan penuh dengan unsur-unsur yang tidak diduga. Rupa-rupanya kedua-dua pertentangan ini boleh diselesaikan dengan kompromi yang serasi. (Goodreads)

Weight 550 g
Dimensions 21.5 × 14.1 × 2 cm