Rimba Harapan

, , ,

Keris Mas
DBP. 2018.
Softcover, 18.4cm x 11.5cm, 355 pages
ISBN 9789834601300

RM25.00

Rimba Harapan ini berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan dekad 1930-an. Betapa kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu tergugat oleh dasar penjajahan hingga memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Penama. Bahkan, bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman dan cara hidup orang Melayu hingga mereka terpaksa lari meneroka hidup baharu ke dalam hutan yang lebih jauh.

Lantas, Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan mereka. Keadaan ini telah membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah yang penting, yang mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.

Weight 350 g
Dimensions 18.4 × 11.5 × 1.7 cm