Regionalisme dalam Seni Bina Malaysia: Era Moden, Pascamoden dan Global

,

Regionalisme dalam Seni Bina Malaysia: Era Moden, Pascamoden dan Global
Gurupiah Mursib
Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi
ISBN9789834610159
Hardcover

RM75.00

Tujuan utama buku ini ditulis untuk merakamkan sejarah perkembangan pendekatan regionalisme di Malaysia dan membicarakan ciri- ciri pendekatan tersebut serta asal usul pengaruhnya. Buat pertama kalinya, buku ini mempersembahkan maklumat seni bina yang luas dari perspektif sejarah moden seni bina negara ini. Penulisan ini diharapkan dapat menjadi asas pemikiran kritis terhadap arah tuju seni bina kebangsaan di Malaysia. Buku ini juga bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pelajar, para arkitek dan pembuat dasar untuk menghasilkan seni bina regionalisme yang lebih bersifat mesra budaya, mesra persekitaran dan mesra nilai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Buku ini juga menyingkap tabir sejarah wacana regionalisme di Barat yang penting untuk diketahui agar pemahaman terhadap pendekatan regionalisme di Malaysia boleh dilihat secara kritis.

Dr. Gurupiah Mursib ialah seorang pensyarah di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda seni Bina dari Universiti of Miami, Ijazah Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah juga dari Universiti Teknologi Malaysia.

Prof. Dr. Mohd. Tajuddin bin Haji Mohd. Rasdi ialah seorang pensyarah di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Ijazah Sarjana Seni Bina dari University of Winconsin, Milwaukee. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti of Edinburgh, Scotland. Prof. Dr. Mohd. tajuddin telah menulis sebanyak 33 buah buku berkenaan seni bina Malaysia, seni bina Islam, seni bina warisan tradisional dan seni bina masjid. Beliau pernah menjadi kolumnis The Star dari tahun 2006 hingga 2011. Beliau juga menjadi penasihat utama Modern Architecture Studies in Southeast Asia (MASSA) di Taylors University dan Center for Islamic Architecture from the Sunnah (CIAS).

Weight 700 g
Dimensions 24.6 × 17 × 2.0 cm

You may also like…