Politik Bangsa Malaysia

,

Mohamed Mustafa Ishak
2014. UUM.
Softcover, 22.5 cm x 15 cm, 356 Pages
ISBN:9789670798226

RM50.00

Politik pembinaan bangsa sering menjadi persoalan pokok di Malaysia. Sungguhpun negara berjaya mengekalkan tahap kestabilan politik yang tinggi sejak tragedi 1969, dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi yang pesat (sekurang-kurangnya sehingga krisis ekonomi Asia dan selepas Pilihan Raya Umum 2008), projek pembinaan bangsa kekal menjadi agenta utama negara yang masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Buku ini menyingkapkan proses yang memerlukan ketelitian dalam pembinaan bangsa Malaysia pada era selepas tahun 1970-an, terutama dalam konteks pembinaan wawasan Bangsa Malaysia atau negara Malaysia yang bersatu, yang terpahat dalam Wawasan 2020 cetusan idea Tun Dr. Mahatir Mohamad yang diperkenalkan pada 1991. Buku ini membincangkan parameter dasar sosipolitik yang membentuk dan mempengaruhi politik pembinaan bangsa di negara ini serta pembentukan Bangsa Malaysia. Buku ini ditulis khas untuk memberi perspektif alternatif dalam analisis hubungan etnik dan pembinaan bangsa di Malaysia, seterusnya memperluas pemahaman tentang politik dan masyarakat Malaysia.

Weight 670 g
Dimensions 22.5 × 15 × 2 cm