Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1968-1989)

Ho Hui Ling
2015. University of Malaya Press
Softcover, 23 cm x 16 cm, 261 pages
ISBN 9789831008133

RM56.00

Malaysia bukan sahaja menghadapi ancaman komunis pada zaman darurat (1948-1960), tetapi masalah ancaman komunis masih berterusan selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1968, Parii Komunis Malaya (PKM) mengambil keputusan untuk melancarkan semula usaha merampas kuasa di Semenanjung Tanah Melayu. Setelah menyusup masuk ke Semenanjung dari selatan Thailand, PKM melancarkan kebangkitan semula perjuangan bersenjata terhadap rakyat, anggota keselamatan dan kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, hasrat dan tindakan PKM itu sudah disedari oleh pihak kerajaan. Justeru, kerajaan mengatur dan menjalankan pelbagai langkah untuk menghapuskan gerakan komunis dan menangani bahaya ancaman komunis kepada keselamatan negara. Permasalahan komunis di Semenanjung Tanah Melayu berakhir apabila perjanjian perdamaian dimeterai di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 antara pihak kerajaan dengan PKM. Perjuangan PKM yang mengambil masa panjang itu merupakan suatu ancaman kepada keselamatan negara, namun masalah komunis akhirnya dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat, kerajaan serta pembangunan negara.

Dalam buku Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1968-1989): Kebangkitan Semula dan Penumpasannya, perbincangan hanya tertumpu kepada pergerakan komunis di Semenanjung Tanah Melayu. Perbincangan tidak akan memfokuskan kepada Sarawak walaupun pada ketika itu negeri Sarawak turut berdepan dengan ancaman komunis. Hal ini disebabkan pergerakan komunis di Sarawak mempunyai sejarah dan perkembangannya yang berlainan dengan di Semenanjung Tanah Melayu. Sementara itu, skop perbincangan dalam buku ini bermula pada Jun 1968 apabila PKM mengambil keputusan untuk kembali semula ke Semenanjung Tanah Melayu bagi meneruskan pelan mereka untuk menguasai negara ini. Ketika menyambut ulang tahun ke-20 pergerakan bersenjata PKM pada Jun 1968, lawatankuasa Pusat PKM mengisytiharkan untuk meneruskan perjuangan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu. Berdasarkan keputusan tersebut, pada 17 Jun 1968, komunis melintasi sempadan selatan Thailand dan melakukan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan Malaysia di Kroh.

Skop perblncangan dalam buku ini berakhir pada Disember1989 apabila ancaman komunis di Semenanjung Tanah Melayu berjaya diselesaikan melalui perjanjian perdamaian antara pihak PKM dengan kerajaan pada 2 Disember 1989. Melalui perjanjian itu, komunis bersetuju menghentikan perjuangan bersenjatanya di Semenanjung Tanah Melayu_ Dalam mernbincangkan kebangkitan semula dan penumpasan pergerakan komunis antara 1968- 1989 ini, beberapa perkara telah diberi penekanan. Perbincangan dalam buku ini memfokuskan faktor yang mempengaruhi kebangkitan semula PKM di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1968, strategi clan kegiatan PKM pada tahun 1968-1989 serta tindakan kerajaan dalam menyelesaikan ancaman komunis dan menumpaskan perjuangan komunis bagi memastikan keamanan negara terpelihara. Selain itu, punca kegagalan pergerakan komunis sama acla kelemahan dalaman PKM atau kelebihan kerajaan Malaysia yang akhirnya membawa kepada perjanjian damai turut diberi tumpuan dalam perbincangan buku ini.

Weight 500 g
Dimensions 23 × 16 × 1.3 cm

You may also like…