Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu

, ,

Zinitulniza Abdul Kadir
2016. ITBM.
Hardcover, 29.9 cm x 29.2 cm, 172 Pages
Illustrated
ISBN: 9789674604158

RM150.00

Browse Wishlist

Tiba dari China dengan bertongkang meredah lautan luas menyusur perjalanan jauh ratusan tahun dahulu, mereka akhirnya putuskan memilih Kelantan sebagai tapak bermastautin. Cabarannya, Kelantan ialah negeri padat berpenghuni Melayu, berbeza agama, bahasa dan adat resam. Justeru, bagaimana untuk kekal Cina dalam kejiranan yang kuat jati diri Melayu? Buku ini berkongsi survival masyarakat Cina kampung di Kelantan sejak lebih 300 tahun dahulu, sekali gus membuktikan bahawa perpaduan bukan retorik. Melayu dihormati dan Cina dialu-alukan. Umpama pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’, sikap tolak ansur dan hormat-menghormati inilah yang kemudian melahirkan Peranakan Cina Kelantan … Cina yang meminjam ‘seni rupa’ Melayu, tetapi kekal utuh berjiwa leluhur nenek moyang.

Weight 1420 g
Dimensions 29.9 × 29.2 × 2 cm