Pengislaman Dalam Kalangan Dusun Ranau (1940-1976)

,

Eko Prayitno Joko, Baszley Bee Basrah Bee, Sabihah Osman, & Saat Awg Damit
2016. ITBM.
Softcover, 22.8 cm x 15.2 cm, 208 Pages.
Illustrated
ISBN: 9789674603649

RM28.00

Browse Wishlist

Dalam penulisan sejarah moden Sabah, suatu perkara yang tidak begitu diberi perhatian oleh para pengkaji dan sarjana ialah berkenaan pertapakan dan penyebaran Islam di sana. Sebenarnya, penyebaran dan pertapakan Islam di Sabah ini mempunyai peranan yang cukup signifikan dalam mencorakkan perjalanan sejarah Sabah moden sama ada semasa era kolionial mahupun pada era pascakolonial.

Apabila menyentuh tentang perkembangan Islam di Sabah, organisasi yang selalu diberi perhatian ialah Pertubuhan Islam Bersatu Sabah (USIA) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Tanpa menafikan peranan organisasi tersebut, dan juga peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) dan Parti Bersatu Rakyat Jelata (BERJAYA), terdapat juga orang perseorangan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Nama-nama seperti Imam Suhaili, Mandur Syarif, Munsarif, Syarif Kedah, dan banyak lagi, merupakan tokoh pendakwah yang berperanan besar dalam perkembangan Islam di Sabah.

Buku ini pula dihasilkan dalam konteks yang berbeza dengan penulisan sedia ada berkenaan pengislaman masyarakat Dusun Ranau. Para penulisnya mengaplikasikan pendekatan sejarah lisan sebagai sumber dokumen yang sedia ada. Dengan kata lain, buku ini merupakan idea dan pemikiran yang dimiliki oleh masyarakat Dusun Islam Ranau yang dijelmakan dalam bentuk penulisan.

Weight 410 g
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.1 cm