Pemerintahan Beraja Di Alam Melayu Merentas Zaman

, , ,

Ramlah Adam
DBP. 2018.
Hardcover, 22cm x 14.5cm, 410 pages
ISBN 9789834912420

RM60.00

Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman ini menghuraikan persoalan tentang kepentingan kepimipinan raja dalam sistem pemerintahan dan pantadbiran sesebuah kerajaan, negeri dan tanah jajahan takluknya, di Alam Melayu. Antara persoalan itu termasuklah raja sebagai pemerintah mutlak (raja mutlak) kerajaannya dalam semua perkara, iaitu dari segi pentadbiran, kehakiman, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan luar dan pelindung agama Islam sejak dahulu sehingga kini.

Secara keseluruhannya setiap artikel dalam buku ini membincangkan sejarah, peranan dan kepimpinan raja-raja dalam kerajaan masing-masing yang memberikan kesan dan impak kepada pemerintahan dan imej kerajaan mereka di mata dunia dan masyarakat sekelilingnya. Tindakan raja-raja itu menjadi saksi sejarah tamadun yang mereka bina dan tinggalkan sebagai warisan kepada anak bangsanya. Walaupun negeri yang dibincangkan hanya beberapa buah sahaja, namun cukup menjadi bukti berlakunya hubungan luar yang berat sebelah. Namun begitu, ada juga negeri Melayu yang rnemperlihatkan kebijaksanaan pemerintahannya dalam mengendalikan hal ehwal kerajaannya.

Penerbitan buku ini dapat menambahkan literatur tentang institusi raja dalam perbendaharaan ilmu warisan bangsa. Diharapkan buku ini menjadi rujukan generasi muda dalam mengendalikan penyelidikan bidang ilmu sejarah di negara ini dan menjadi pencerah kepada keraguan tentang isu-isu kepimpinan diraja dalam tamadun bangsa dan negara. Di samping itu, buku ini juga dapat dijadikan pendorong kepada penyelidikan dan penufisan yang lebih jauh sehingga dapat menghasilkan pencerahan yang lebih baik pada masa hadapan.

Weight 750 g
Dimensions 22 × 14.5 × 2.5 cm