kemerdekaan_cvr

Pejuang-pejuang Kemerdekaan

RM150

Ramlah Adam
2008 (Cetakan kedua). Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 21.5cm x 15.2cm, 35 pages
ISBN 9832600049

Out of stock

Product Description

Buku Pejuang-pejuang Kemerdekaan cuba menjalankan satu peranan penting sebagai pendokumenkasi kepentingan dan ketokohan individu-individu yang terkemuka dalam setiap tahap penting sejarah Malaysia. Ini mengambil kira sejarah semasa Malaysia dikenali sebagai Semenanjung Melayu, Semenanjung Tanah Melayu, negeri-negeri selat, Negeri-negeri Melayu bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu, Malayan Union, Sarawak, Bomeo Utara, Persekutuan tanah Melayu dan akhirya Malaysia pada tahun 1963. Setiap tahap itu mempunyai seorang atau lebih tokoh-tokoh yang menonjol dan menjadi wira zamannya. Tindak tanduk, keputusan, kegagalan dan pencapaian tokoh itu bukan sahaja menandakan sumbangan dan peranan mereka, tetapi juga bagaimana setiap zaman mereka berbeza permasalahan dan tuntutannya dengan yang lain. Malah hasil dan keberkesanannya juga amat berbeza. Keadaan ini juga memperlihatkan bagaimana sebuah tahap sentiasa melengkapi tahap yang lain, sehingga akhirya sebuah tamadun dapat dibina oleh bangsa Melayu dan Malaysia. Dalam keseluruhan penceritaan tentang tokoh yang terkenal ini juga memperlihatkan penglibatan dan tanggungjawab yang amat tinggi daripada pemimpin tempatan dan pribumi mereka menjadi teras kepimpinan dalam setiap gerakan sama ada membentuk kepimpinan tempatan, menentang penjajah dalam pelbagai bentuk, menegakkan kedaulatan anak negeri atau tempatan, mendapatkan kemerdekaan dan membentuk sistem kenegaraan, pendidikan, politik, ekonomi dan kebudayaan kebangsaan .

Additional Information

Weight 1000 g
Dimensions 22.5 x 15 x 3 cm