Pedagang Melayu di Sulawesi Selatan: Identiti dan Kuasa

,

Amrullah Amir & Nordin Hussin
2019. DBP
Softcover, 21.5 cm x 14 cm, 394 pages
ISBN: 9789834922597

RM33.00

Buku ini membincangkan sejarah masyarakat pedagang Melayu yang telah berhijrah dan menetap di bandar Pelabuhan Makassar dan bermastautin di beberapa wilayah Sulawesi Selatan sejak tahun 1600. Sejarah awal petempatan masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan bermula setelah Melaka ditakluki oleh Portugis dan sebahagian para pedagang Melayu telah berhijrah ke beberapa kerajaan tempatan, seperti Siang, Sandrabone, Gowa, dan Tanete. Kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan ini menerima kehadiran mereka dan membenarkan mereka menetap di sini. Hal ini seterusnya memberikan impak yang besar kepada sejarah sosial dan ekonomi serta landskap politik di wilayah ini. Masyarakat Melayu yang berhijrah ini masih meneruskan kemahirannya sebagai pedagang dan sebahagian daripada mereka meniadi pegawai pentadbir, seperti syahbandar, guru, jurutulis dan pendakwah serta Pendakwa Raya di mahkamah pentadbiran kolonial Belanda. Hubungan ini terus berlangsung semasa zaman VOC sehingga pemerintahan kolonial Belanda. Komuniti Melayu yang menetap di wilayah ini menjadi sebahagian daripada unsur penting kepada perubahan landskap sosioekonomi dan politik tempatan serta mempunyai impak yang besar dari segi pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan. Penulisan ini menggunakan sepenuhnya sumber arkib Belanda dan tempatan serta berjaya membongkar sejarah rnasyarakat Melayu di wilayah ini. Walaupun bangsawan Sulawesi Selatan sangat menjaga kemurnian keturunannya, tetapi hubungan keakraban yang terjalin lama telah mewujudkan kelompok Melayu-Bugis-Makassar. Bangsawan campuran Melayu-Bugis-Makassar ini juga kemudian telah memainkan peranan penting sebagai pemerintah dan elit baharu serta menguasai jawatan dalam kerajaan yang sebelum ini dikuasai oleh Belanda serta berjaya menyerap ke dalam sistem pentadbiran kolonial Belanda. Oleh itu, kuasa dan identiti mereka telah berubah semasa pentadbiran Belanda yang mengutamakan pendidikan moden sehingga menjadikan mereka elit baharu dalam sejarah Sulawesi Selatan.

Tentang pengarang buku

Amrullah Amir seorang pensyarah di labatan Ilmu Sejarah Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin. Beliau menamatkan pengajiannya pada peringkat Sarjana Muda dari Iabatan Ilmu Sejarah di Universitas Hasanuddin pada tahun 2001 dan kemudian menyelesaikan pengajian Sarjana atau Master 0f Arts dari Jabatan Sejarah Fakultas Ilmu Budaya Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta pada tahun 2010. Pada tahun 2015, beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan berkaitan dengan sejarah sosial dan budaya masyarakat Melayu yang telah memberikan impak yang besar kepada pensejarahan tempatan, terutamanya di wilayah kepulauan timur Dunia Melayu.

Nordin Hussin seorang Profesor dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi di Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkelulusan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Amsterdam dan mengkhusus dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi zaman kolonial dan pascakolonial di Malaysia dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hasil karyanya telah diterbitkan dalam bentuk buku dan makalah dalam jurnal yang diterbitkan pada peringkat antarabangsa dan juga dalam negara. Hasil tulisan beliau pernah memenangi Hadiah Buku International Convention of Asian Scholars (lCAS] Universiti Leiden, The Netherlands dan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori Anugerah Buku Terbaik.

Weight 550 g
Dimensions 21.5 × 14 × 2 cm