Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman

, ,

Amer Saifude Ghazali, Zulkanain Abdul Rahman & Rosmadi Fauzi
2017. University of Malaya Press
Softcover. 22.9cm x 15.2cm, 594 pages
ISBN 9789831009420

RM98.00

Buku ini mengetengahkan himpunan tulisan para sarjana tempatan yang sememangnya telah terkenal dalam bidang pengkhususan masing-masing. Buku ini dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa, sumbangan dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bidang akademik sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya selama lebih 30 tahun. Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di peringkat pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan ucap utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi. Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu. Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Dalam perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa. Buku ini perlu dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah; masyarakat; dan politik kontemporari, mahasiswa/i dan calon pascasiswazah.

Weight 1000 g
Dimensions 22.9 × 15.2 × 3 cm

You may also like…